SIAPA KENAL MACHA NI?

S

Macha ni politikus idola yang paling aku hormati. Korang kenal tak?

Nama dia Michael Jeyakumar. Bekas MP Sungai Siput yang telah menumbangkan warlord MIC/BN iaitu Samyvellu dan seterusnya menamatkan karier politik Samyvellu.

Beliau ialah seorang doktor perubatan, dikenali dalam dunia politik sebagai Dr. Jeya manakala sebagai doktor dikenali sebagai Dr. Kumar. Seorang yang sosialis yang sangat dihormati. Gelaran diberikan kepadanya adalah The Red Doctor.

Korang tau tak kehebatan dia? Dia bukan kaki selfie, kaki profiling, berjalan buat kerja dengan cameraman mengekor. Kaki IG atau Twitter? Tidak juga.

Walaupun dia seorang doktor senior, bukan jururawat peribadi atau budak bekam, tapi sehingga hari ini aku belum pernah nampak dia membongkak dan membongak dengan hasil pendapatan dia sebagai doktor mahupun MP selama 2 penggal.

Aku tak pernah tahu dia ada beli basikalmahal, mahupun vellfire baru. Yang aku tau, dia spend duit epf dia buat jambatan kecil di kampung dia. Dikatakan Samyvellu tumbang disebabkan jambatan kecil ini.

Dia mungkin boleh beli basikal mahal atau kereta baru dengan duit epf dia, tapi dia pilih tidak. Kereta dia hanyalah sebuah Mercedes lama yang dimaintain dengan baik.

Dr. Jeya juga dengan slumber declare harta dia dan perbelanjaan dia setiap tahun, jadi kita tahu sebelum dia jadi MP apa dia ada, bertambah atau berkurang.

Elaun atau gaji MP yang dia dapat, segala peruntukan dia terima, secara telus dan tulus dia tunjukkan. Hatta, bank statement gaji MP masuk pun dia tunjuk sebagai lampiran. YB lain berani? Atau setelus ini?

Mungkin kalau rakyat Malaysia tidak berminat dengan Dr. Jeya sebab dia orang Malaysia, takpa, korang boleh baca tentang “Pepe” Mujica..

Boleh rujuk pasal “Pepe” Mujica di sini..
https://www.facebook.com/581817132303470/posts/751084185376763/?d=n

Buat rakyat Malaysia yang masih berminda bebal. Cuba baca elok-elok apa yang aku tulis. Kalau masih tak faham sesuailah kata Dr. Maszlee dengan korang,

“Pempimpin bodoh lahir dari tangan pengundi bodoh.”

Manakala kata Prof. Kora Kore dari Mauritania Selatan,

“Jangan sesekali kau makan duit politikus, takut nanti kau jadi bebal dan dungu macam mereka..”

Mungkin mereka yang bebal ni dah termakan banyak duit haram politikus barangkali!

Kan?

😜

Mengenai penulis

Tambah komen

Admin

Who is aLiph.My?

Official blog of Aliff Ahmad (Aliff Shariffuddin) also known as Abu Fedora al-Turkistani. His real name is Ahmad Aliff A S Ahmad Shariffuddin. The co-founder of Scrut.my , Ifmal.com , Idsb.my and Coin.my.