Korang rasa kenapa mamat ni meroyan lebih? Kalau NGO dia tak ambil kesempatan dekat dana awam yang dikutip. Kan ? Beriya-iya dia sampai personal dengan aku.
Dia masih nak pertahankan ceo NGO ngap RM4,000 sebulan tu tak banyak dan ok. Cakap banyak tak guna, meh kasi kenal siapa ceo NGO yang tinggalkan gaji berbelas puluh ribu untuk bergaji RM4,000 demi bersama NGO. Buktikan!
Biasanya yang masuk ambil gaji dalam NGO ni loser. Takda kerja. Pemalas. Macam aku sebut semalam. Tunjukkan aku juga, NGO mana yang boleh tunjukkan,
1. Audit report.
2. Management account.
3. Bank statement.
4. Epf summary semua pekerja.
Bakmai sini.
Setakat sembang kari. Cakap itu ini. Gadai nyawa konon. Berapa kerat je yang ikhlas. Mengaku jelah tunggang NGO ni untuk survive, untuk gaji, untuk hidup.
Ha, dia pun admit memang ada NGO yang teruk. Kalau NGO yang dia kenal tu elok, kenapa nak melantun? Yeke elok, boleh share report yang aku nak tengok tu. Biar masyarakat menilai.
Dah masuk Harapan Coin bagai, inilah bukti asal budak NGO sokong cekik duit pasti bodoh. Mungkin tak pandai membaca. Korang boleh menilai hujah aku dengan dia. Tengok apa kerja dia buat pun dah boleh agak kan tahap skill dan IQ dia dekat mana.
Siapa nak terus sokong dan mendanai kaum malas kerja yang tunggang NGO tu, silakan. Takda isu, itu duit kau. Kau punya suka. Siapa yang kisah, aku dah kasitau kebenarannya dan ajar cara nak puaskan hati..
Kenapa Farhan Ismail ni macam makan cili?