WHO ARE THE HIGHEST EARNERS?

W

Busy betul beberapa hari ni. Maklumlah, aku ni banyak kerja. Masa aku menulis hanya atas jamban dan dalam perjalanan sahaja. Jika tiada 2 perkara tersebut, maka tiadalah tinta dan kata.

Aku bukan macam sesetengah orang. Dia tak bekerja. Dia makan duit bini. Bini kerja gomen. So, dia banyaklah masa jadi cybertrooper. Bina page dan hari-hari buat content.

Nak tunjuk diorang ni berguna sikit, buatlah NGO kononnya baik. Tolong asnaf, walhal dia kikah duit NGO yang dia tunggang tu dengan macam-macam program derma dan infaq.

Bila kita minta audit report, management account, bank statement, epf statement, terus tutup page NGO dia. NGO pun jenis takda web. Sembang kencang je.

Di barat juga, masyarakat dah ramai bunyi pasal integrity NGO-NGO bertaraf antarabangsa yang membayar gaji pegawai pengurusan dengan amaun yang sangat tinggi.

Jadi, berhati-hatilah menderma kepada NGO! Pastikan anda SCRUT dulu NGO tu. Bagaimana caranya. Aku ulang lagi.

1. Tengok founder-co-founder NGO tu ada kerja tetap dan dah settle down ke? Atau ada business entity yang dah well established ke.
2. Minta audit report NGO tersebut yang terkini dan sebelum-sebelum ini.
3. Minta management account NGO tersebut.
4. Minta bank statement NGO tersebut.
5. Minta epf statement NGO tersebut.

Kalau dia terkial-kial, pusing-pusing dan defensif tak pasal-pasal. Kau kena turn on red alert lah. Mesti ada something wrong. Kalau takda masalah, apsal goyang?

Kan?

Mengenai penulis

Tambah komen

Admin

Who is aLiph.My?

Official blog of Aliff Ahmad (Aliff Shariffuddin) also known as Abu Fedora al-Turkistani. His real name is Ahmad Aliff A S Ahmad Shariffuddin. The co-founder of Scrut.my , Ifmal.com , Idsb.my and Coin.my.