ADAKAH CAP BILAL MILIK MUSLIM?

A

Sudah ada jenama Bilal sebelum ini, jenama tersebut memang milik Muslim. Bilal bin Rabah pula mua’zin pertama dan sahabat utama Nabi SAW. Cuma cap Bilal ni datang dari mana?

Kesilapan pertama sardin cap Bilal ini adalah tidak mengorbankan sedikit share/saham syarikat sebanyak sekurang-kurangnya 0.3% kepada seorang Melayu, Muslim dan Bumiputera.

Kesilapan kedua adalah, tidak meletakkan seorang Melayu, Muslim dan Bumiputera sebagai “Alibaba” bagi mengaburi mata orang Melayu di Malaysia. Mungkin dijenamkan Melayu itu dengan nama BroSardin!

Zaman sekarang, orang Melayu dah sedikit bijak. Logo masjid, nama Melayu pada jenama dan cop halal tidak boleh menipu mereka. Tetapi mereka masih boleh ditipu dengan susuk tubuh Melayu yang menjadi muka depan syarikat dengan cerita-cerita syahdu.

Sebab itu aku didik masyarkat dengan budaya SCRUT. Aku bangunkan Interepo (www.interepo.com) untuk tujuan SCRUT syarikat. Ada yang taknak pakai aplikasi yang aku bangunkan, takpa. Korang terus ke SSM.

Apa adahal! Asal korang tak kena tipu. Asal korang puas hati dengan hasil kajian korang. Jangan jadi macam orang lain, kecam aku demi memastikan masyarakat dibodohkan.

😜

Mengenai penulis

Tambah komen

Admin

Who is aLiph.My?

Official blog of Aliff Ahmad (Aliff Shariffuddin) also known as Abu Fedora al-Turkistani. His real name is Ahmad Aliff A S Ahmad Shariffuddin. The co-founder of Scrut.my , Ifmal.com , Idsb.my and Coin.my.