Dulu aku sangka orang kaya itu orang yang ada wang berjuta-juta dan berbilion-bilion.
Rupanya tidak.
Dulu aku ingat orang kaya itu orang yang tiada hutang dalam hidupnya.
Rupanya tidak juga.
Dulu aku rasa orang kaya itu orang yang ada business berjuta-juta dan berbilion-berbilion.
Pun sekali lagi aku tersilap.
Rupanya orang kaya sebenar itu ialah dia boleh tekan-tekan keluar duit. Modal tak usik.
Tak perlu lobi sesiapa, tak perlu bergantung dengan sesiapa.
Dia boleh beli apa dia nak beli. Bila dia nak beli tanah esok, hari ini dia tekan-tekan, esok beli tanah.
Itulah maksud orang kaya yang aku baru sedar.
Apa itu orang kaya menurut definisi korang?