BACA SINI..MENCIPTA PELUANG PEKERJAAN ITU TIDAK MUDAH
Aku pulang ke Malaysia hanya ada 2 misi. Pertama sebab mak aku. Kedua sebab aku nak berbakti kepada negara aku dan rakyat Malaysia yang telah membiayai pengajian aku di luar negara. Takda alasan lain. Aku bisa enjoy dan jadi poyo tinggal di luar negara sambil main FB, Twitter dan IG. Tapi itu bukan sesuatu yang aku nak buat dalam hidup aku.
Masa aku pulang. Aku ingat aku akan dihargai. Aku harap otak, idea dan pengalaman aku akan digunakan, malangnya tidak. Aku juga kecewa seperti para pengkhianat di luar sana, tapi tak menjadikan aku loser yang hanya tahu complain. Aku berkata dalam hati aku,
“Kalau diorang taknak tolong aku, aku kena buat cara aku.”
Jadi aku habiskan hampir 100% wang yang aku kumpul untuk bangunkan beberapa syarikat bersama beberapa sahabat-sahabat aku seperti Nik Izwan Kamel, Abu Aisy, Muhd Noraswazdi, Ihsan Afifi, Mukhlis Rohaizak dan Tawakal untuk memulakan perubahan yang aku nak buat. Aku sedar, semua orang kena cukup makan. Baru langkah pertama selesai.
Aku percaya dengan motto walk the talk. Aku percaya bila aku sendiri buat, sendiri terjun ke kancah kehidupan sebenar. Aku akan faham pahit getir dan liku-liku sebenar yang tidak boleh diceritakan dan digambarkan. Dalam syarikat, kaulah nakhoda. Kau gagal, kapal kau karam. Komuniti kecil aku ini banyak mengajar aku. Jadi boss ni susah sebenarnya!
Aku pernah sedikit kecewa kerana gagal mendapatkan talent di Malaysia sehingga aku membuka kantor di Indonesia. Itu juga satu pengalaman yang aku kira tiada yang dapat dicoretkan di atas tinta. Ia pengalaman yang sangat mendewasakan. Tapi, aku masih percaya, telent Malaysia jauh lebih baik dan berkualiti dari di luar sana. Baru-baru ini, usaha aku nampak sedikit berhasil. Syarikat aku telah ditawarkan kontrak dengan syarikat minyak dan gas untuk sebuah projek IT. Nampak macam biasa kan? Jadi apa yang gempak sangat? Untuk pengetahuan korang, selama ini mereka tidak pernah favor dengan orang Malaysia. Dan aku berjaya convince diorang untuk terima orang Malaysia. Aku telah letak rate minimum gaji RM5k sebulan untuk semua pekerja nanti. Alhamdulillah, nampak usaha aku sedikit berhasil.
Ia kontrak. Benar. Tetapi ia projek yang selagi syarikat itu hidup kau akan hidup. Selama ini mereka ambil orang India dari India dan Vietnam sahaja. Berbillion duit kita dibawa keluar. Kalau terer takpa diorang ni, haram tak terer pun. Diorang ini semua tiada rasa belonging. Mereka bukan orang Malaysia kan. Maka kerja mereka tiada rasa belonging. Teruk sangat.
Ini lubuk. Aku dah buat kerja aku. Aku minta tolong korang. Sampai-sampaikan kepada mereka yang berminat dan memerlukan. Aku memerlukan ramai pekerja dalam bidang IT seperti..
1. Programmer. (Front end, back end, database, tech lead,)
2. Analyst. (Business analyst, system analyst, data analyst,)
3. Expert. (Solution architect, data architect, automation specialist,)
Korang jangan takut dengar perkataan kontrak. Permenant pun boleh kena buang. Dalam perjanjian, mereka akan serap korang kalau korang perform, system korang bangunkan berjaya. Pekerja yang baik, semua orang nak. Jangan takut. Rezeki dari tuhan, usaha kena jalan!
Hanya untuk orang Malaysia. IC Malaysia. Passport Malaysia. Dan..
Made in Malaysia!!!
Email cv korang ke [email protected] segera. Projek mendigitalkan dinasor ini akan berjalan lama. Entah bila selesai. Aku pun tak pasti.
Tolong gang, sampai-sampaikan kepada mereka yang memerlukan.
Sama-sama kita bangunkan diri kita, kawan-kawan kita, masyarakat kita, dan negara kita. Di mana bumi dipijak, di situ langit dijunjung. Ini negara kita, jangan biarkan ia dijajah walau sehasta, hatta secara maya dan digital.
Kita lawan! Kita ambil balik hak kita!