SIAPALAH YANG ADVISE SI SADDIQ NI?

S

Aku taktau pasal Singapore. Tapi aku tau la pasal UK dan Australia/NZ.

A-Level – 2 tahun.
Ausmat – 1.5 – 2 tahun.
IB – 2 tahun.
Matrikulasi – 1 – 2 tahun.

Engineering degree di Australia/NZ adalah 4 tahun. Di UK 3 tahun + 1 tahun MEng. Di Malaysia juga 4 tahun.

Sciences degree di Australia/NZ adalah 3 tahun + 1 tahun honours. Di Malaysia 3 tahun dengan honours. Di UK 3 tahun tanpa honours.

Non-sciences di Australia 3 tahun + 1 tahun honours. Di Malaysia 3 tahun dengan honours. UK 3 tahun tanpa honours.

Medicine di UK dan Australia/NZ adalah 5-6 tahun. Malaysia pun 5-6 tahun. Oxbridge 6 tahun, cth : Melbourne Uni pun 6 tahun.

Perasan tak, pengajian di top uni di luar negara biasanya pengajian dia buat lama sikit. Sebagai contoh di Oxbridge, first degree engineering mereka 4 tahun sedangkan lain-lain uni kebanyakannya hanya 3 tahun.

Komentar aku mudah. Ia bukan isu berapa lama sesuatu pengajian itu. Di barat, umur 16 tahun dah mula A-Level atau year 12. Mereka masuk uni awal 1 tahun dari kita. Tapi ada yang ambilbreak, berjalan dulu. Or pilih top uni yang panjang sikit tempoh mengajian.

Sebenarnya, di uni-uni barat pun kena ambil subjek minor yang luar daripada jurusan yang diambil. Bezanya di Malaysia disetkan terus. Aku tak nampak apa beza sangat pun. Subjek banyak?

Entahlah. Aku rasa Saddiq ni macam hisap gam je melalutnya. Aku tak rasa ada beza sangat pengajian di luar negara dan dalam negara. Pada aku penghayatan individu itu sendiri tentang ilmu.

Universiti hanya platform. Diri sendiri yang menentukan berjaya atau tidak diri anda. Kualiti diri yang ditunjukkan selepas mula bekerja adalah isu utama. Tapi kalau malas bekerja nak gaji besar, masuk politik macam Saddiq.

😉

https://www.facebook.com/aLiph.My/videos/194298376045095

Mengenai penulis

Tambah komen

Admin

Who is aLiph.My?

Official blog of Aliff Ahmad (Aliff Shariffuddin) also known as Abu Fedora al-Turkistani. His real name is Ahmad Aliff A S Ahmad Shariffuddin. The co-founder of Scrut.my , Ifmal.com , Idsb.my and Coin.my.