SIFU BENGKEL SAHAM PUN ENTERFRAME!

S

Semalam ada orang share posting seseorang yang aku rasa ada yang tak kena. Bila aku check profile dia, lorh, budak saham. Sifu bengkel saham. Tergelak aku, dia pun nak enterframe.

Aku pasti, aku pasti, aku pasti, sifu bengkel saham ni tak pernah hadirkan diri ke mahkamah perbicaraan kes adik Bella walapun sekali. Dan aku rasa dia tak pernah masuk mahkamah dan hadap kes dalam mahkamah.

Inilah masalah sifu-sifu saham yang cari makan buat kelas. Semua benda dia nak komen, nak tunjuk pandai, dan nak tunjuk terer. Semua itu untuk content, untuk dapatkan reach, dapatkan follower barangkali.

Untuk pengetahuan, semua peguam yang ada dalam court tu kesemuanya peguam. Bukan intern, bukan chambee. Semua terlibat bersilih ganti grill saksi. Hafidzah pun ada dan ada 3 lagi peguam baru masuk katanya.

Ya, memang diorang bawa staff, tapi staff tu semua peguam yang dah berdaftar dengan Bar. Walaupun aku tak favor diorang, tapi agak-agaklah nak hina orang semata-mata nak buat content.

Semata-mata nak againts fakta yang ada. Nak tunjuk dia knowledgeable. Memang perangai sifu habis. Aku yang follow kes ni dari mula pun takda nak cakap peguam lain tu tukang bawa file je. Paling tidak aku sebut juga peguam heret beg. Sebut peguam ok!

Side sana pun tak nafikan diorang ada 10 orang peguam. Updated rasanya dah lebih 10 orang kot rasanya since ada new co-counsel lagi masuk meramaikan korum diorang.

Siapa nak percaya cerita mengarut sifu bengkel saham, silakan.

😉

Mengenai penulis

Tambah komen

Admin

Who is aLiph.My?

Official blog of Aliff Ahmad (Aliff Shariffuddin) also known as Abu Fedora al-Turkistani. His real name is Ahmad Aliff A S Ahmad Shariffuddin. The co-founder of Scrut.my , Ifmal.com , Idsb.my and Coin.my.