TMJ SAHUT KENYATAAN AKULAH!

T

Steady TMJ! Menjunjung kasih TMJ! Memang sebenarnya TMJ ini orangnya sangat cool. Yang lebih menarik, dia menyokong juga kenyataan aku adik Bella ialah hero sebenar! Ya, Bella telah survive untuk buka mata kita semua.

Masa mula-mula aku dipanggil, aku tolak sebab aku ni orang miskin di jalanan, mana reti protokol-protokol nak jumpa orang istana. Aku pun taktau, betul ke tidak, aku dipanggil. Tapi bila ditegaskan perjumpaan itu aku wajib hadir, barulah aku setuju untuk hadir.

Bila dah jumpa, protokol sangatlah minimum. Macam langsung takda. Memang sangat memudahkan komunikasi dan proses penerangan sangat berjalan lancar. Nasiblah TMJ ada urusan nak kena gerak dah. Kalau tak aku rasa sampai qiamulail sekali kami semua.

Dalam pengetahuan aku, orang yang hadir ke mahkamah dengan peguam yang ramai hanyalah DS Anwar Ibrahim. DSAI ni politikus dinasor punya level padanlah. Kes dia pun kes politik.

Siti Bainun ni siapa kan? Sampai 10 orang peguam. Aku dengar ada tambah lagi 3 orang. Probono pula tu katanya. Siapa dia ni sampai ramai sangat orang nak hurung dia ni. Aku lihat kes dadah Benji pun dia pakai seorang je peguam. Dan biasanya probono ni tak ramai. Ni bila ramai sangat pelik. Takkan peguam-peguam ni semua sanggup membuang masa full day punya banyak hari untuk buat kerja yang tak dibayar? Sampai sanggup sacrifice diri kena maki dengan netizen.

At least peguam DSAI takdalah sampai sanggup jatuhkan maruah dia merepek dalam sosmed. Peguam probono Bainun ni sampai level jadi propagandis, siap adik beradik peguam pun join sekaki. Sanggup diorang sacrifice dihamun netizen.

Sampai ada yang sanggup keluarkan dokumen mahkamah yang belum habis bicara diberikan kepada gang antivax eskrim Mat Kool untuk mereka canang pula. Memang lain level. Sangat lain level!

Siapa Si Bainun ni? Ilmu, tangkal dan mantera apa dia pakai sampai ramai yang sanggup hurung dia. Gang liberal yang selama ni peka dengan isu kanak-kanak pun tak berani cuit dia. Siap ada cytro UMNO pun bersama dia.

Korang tak pelik ke? TMJ pun naik pelik! Anyway, suara TMJ telah sedikit sebanyak menguatkan team #JusticeForBella. Alhamdulillah. Semoga Allah merahmati TMJ.

#JusticeForBella
#PecatSyedAzmi
#TMJ_Dan_Aliff_Berkawan_Baik

😉

Mengenai penulis

Tambah komen

Admin

Who is aLiph.My?

Official blog of Aliff Ahmad (Aliff Shariffuddin) also known as Abu Fedora al-Turkistani. His real name is Ahmad Aliff A S Ahmad Shariffuddin. The co-founder of Scrut.my , Ifmal.com , Idsb.my and Coin.my.