SISI LAIN TENTANG KEJAYAAN KHABIB

S

Aku tak minat nak ulas lebih tentang Khabib, aku tak minat sangat fighting style dia. Brawler, grapler dan strenght based fighter ni pada aku membosankan.

Aku bukan macam orang lain. Asal dia muslim, kita kena sokong dia. Pada aku, sukan adalah sukan. Aku lebih berminat kepada talent, skill dan teknik yang digunakan. Dari dulu sampai sekarang, aku tak minat fighter jenis brawler.

Khabib agak bernasib baik kerana di era dia menjadi juara dalam weight class dia (lighweight), tidak muncul pencabar yang fighting style dia seperti Jon Jones, Anderson Silva, Fedor Emelianenko, Israel Adesanya, Michael Van Page dan Zabit yang menjadi lawannya. Talent-talent semacam nama di atas, kalau muncul, mereka akan bergelar juara dan mendominasi era mereka. Fighter macam Khabib tak boleh makan biasanya.

Aku bukan nak cerita pasal ni sangat. Aku nak cerita pasal hadis Nabi tentang memukul di muka. Sebagai mantan pesilat, aku dilatih untuk tidak memukul di muka. Tetapi, ketika bergaduh di luar, pukulan di muka adalah wajib untuk mendapatkan kemenangan muda dengan knock out.

Nabi SAW bersabda:

‎إِذَا قَاتَلَ أَحَدُكُمْ فَلْيَجْتَنِبْ الْوَجْهَ

Maksudnya: “Apabila seseorang kamu berperang, jauhilah dari (mencederakan) muka.”

Riwayat al-Bukhari (2559)

Imam Nawawi menyebut: Hadis ini menyebut secara jelas mengenai larangan memukul muka. Ini kerana ia sesuatu yang lembut yang menghimpunkan segala keelokan. Anggota-anggota pada muka itu sangat berharga dan lembut juga sering terdedah. Memukul muka boleh merosakkannya atau boleh mengurangkannya atau boleh mencacatkannya atau boleh menghodohkannya. Kecacatan pada wajah itu buruk kerana ia jelas lagi zahir yang tidak mungkin untuk ditutupi. Apabila ia dipukul maka biasanya tidak selamat dari berlakunya kecacatan.

(Lihat al-Minhaj fi Syarh Sahih Muslim Ibn al-Hajjaj, 8/437)

Aku secara peribadi mempunyai pandangan tersendiri tentang hadis Nabi yang mulia ini. Nanti aku ada masa, aku akan kemukakan pandangan aku. Al-maklumlah, aku ni bukan lebai, ustaz, mahupun ulama’.

Tapi apabila melihat lebai-lebai, ulama’-ulama’ dan ustaz-ustaz pun bertepuk gembira dan memberi sokongan terhadap kejayaan Khabib, aku kira mungkin sudah ada pandangan lain tentang hal ini.

Begitu juga ketika almarhum Muhammad Ali bertinju, tidak kedengaran pula fatwa ketika itu yang mengharamkan perbuatan Muhammad Ali yang bertinju. Bahkan arwah diangkat sebagai ikon umat Islam.

Jadi, adakah boleh masuk sukan yang bertumbuk muka?

Mengenai penulis

Tambah komen

Admin

Who is aLiph.My?

Official blog of Aliff Ahmad (Aliff Shariffuddin) also known as Abu Fedora al-Turkistani. His real name is Ahmad Aliff A S Ahmad Shariffuddin. The co-founder of Scrut.my , Ifmal.com , Idsb.my and Coin.my.