SKRIP-SKRIP SAPU BAWAH KARPET KAUM LEBAI..

S

Tadi, ada orang forward kat aku, kemudian tag aku.

Ok, since aku dah di-tag. Aku jawab.Isu Kamilin kena terminate dengan al-Khaadem ni simple je. Orang ada akal, ada otak, dan bukan penjilat lebai akan nak tau apa isu?

Kenapa al-Khaadem pecat? Apa kesalahan Kamilin pada al-Khaadem?
Simple.
Kenapa masyarakat perlu tahu?

Sebab masyarakat tak boleh dibodohkan dengan lebai-lebai penunggang agama. Biar masyarakat menilai. Nanti, termasuk perangkap yang sama macam mana? Takkan nak biar masyarakat ter-folow lebai yang bermasala.

Ayat seperti kami sesama kami ok ni cliche-lah. Orang luar je kecoh-kecoh. Semua ini projek pembodohan kepada masyarakat. Kononnya semua suci murni dan baik-baik.

Inilah cara lebai-lebai sapu bawah karpet segala kebobrokan, kejahatan, dan kezaliman yang berlaku. Sambil menunggang nama Allah dan Jarh Imam Malik kepada Ibnu Ishak pun ulama’ korek nak tau punca dan bagi pandangan. Kenapa masyarakat tak boleh tau apa masalah yang menyebabkan di-terminate?

TERMINATE! Bukan Kamilin tarik diri.

Kalau kau kena buang sekolah, atau kena pecat, orang tanya tak kenapa?

Kau jawab, aku dengan sekolah atau tempat kerja ada berbeza pandangan, itu sebab aku kena buang. Tapi kami sama-sama nak kebaikan dan keredhaan Allah. Orang berbeza pandangan tarik diri bhai. Kena buang ni ada kes je.

Contoh tarik diri macam MKA (Khairi Awang), tauke shell partner diorang dulu. Dia blah senyap-senyap. Takda Al-Khayr keluarkan surat terminate partnership.

Come on, we are not dealing with lebai yesterday lah.

Mereka yang masih taasub dengan lebai, boleh teruskan. Tapi jangan ajak aku sama-sama jadi bodoh dan telan segala ayat-ayat play victim, sop standard cover line, dan ajaran al-Mahdi konspirasi.

Ingat usul #MindaSkeptikal yang pertama,
Untuk ustaz, ulama’, agamawan, lebai, psuedo-ustaz dan poser-ustaz.

Asal kesemua di atas tidak boleh dipercayai, melainkan setelah dibuktikan sebaliknya. Jika masih tidak dibuktikan, tawaqquf dulu atau tinggalkan sahaja mereka. Mereka semua hanya penjual dan penunggang agama demi kesenangan hidup mereka.

Oh, profesional ya? Nanti aku tulis pasal al-Khayr punya level profesional. Nak tengok penjilat lebai nak komen apa.

Sabaq na..

😜

Mengenai penulis

Tambah komen

Admin

Who is aLiph.My?

Official blog of Aliff Ahmad (Aliff Shariffuddin) also known as Abu Fedora al-Turkistani. His real name is Ahmad Aliff A S Ahmad Shariffuddin. The co-founder of Scrut.my , Ifmal.com , Idsb.my and Coin.my.