SPRM VS SC!

S

Ramai minta aku komen kes ni. Aku tunggu dan lihat apa reaction SPRM terhadap kegelinciran dan kesilapan ketua pengarah mereka. Telahan aku benar. Mereka melakukan sesuatu yang pelik dan di luar fikiran rakyat marhaen yang punya akal yang waras.

Mula-mula Ketua Pengarah SPRM nak saman whistleblower yang mendedahkan pemilikan sahamnya di bursa. Pelik kan? Bukankah whistleblower sepatutnya dilindungi?

Yang menarik pegawai atasan SPRM boleh pula buat memorandum menyokong Ketua Pengarah mereka walhal ia sangat jalas telah melakukan kesilapan yang fatal. Lawak kan?

Semuanya bermula apabila Ketua Pengarah SPRM sendiri admit yang adiknya menggunakan akaun CDSnya. Hal ini salah. Itu sebab SC nak siasat. Itu hal SC. Hal SPRM pula adalah ada unsur rasuah tak.

Kemudian SPRM membalas untuk menyiasat balik SC. Inilah masalah apabila mereka yang berkuasa mengguna kuasa mereka untuk menutup kebejatan masing-masing.

Ibarat kata,
“Kau siasat aku, aku siasat kau balik. Kita sama-sama jaga bontot kita.”

Pada aku kalau Ketua Pengarah SPRM itu gentle, tak bersalah, apa nak takut, bercuti dan biarlah siasatan dijalankan. Aku juga pelik kenapa adik dia nak guna account dia. Dari mana adik dia dapat banyak duit? Atau adik dia guna account dia untuk susun market?

Pada aku, perkara ini benar-benar menunjukkan betapa pengurusan sistem penguatkuasaan dalam keadaan yang sangat bahaya. Eh, bukan LHDN boleh masuk siasat juga mana datang duit tu untuk dicukaikan? Ke LHDN pun takut SPRM nak siasat balik mereka?

Apa kata korang?

😉

Mengenai penulis

Tambah komen

Admin

Who is aLiph.My?

Official blog of Aliff Ahmad (Aliff Shariffuddin) also known as Abu Fedora al-Turkistani. His real name is Ahmad Aliff A S Ahmad Shariffuddin. The co-founder of Scrut.my , Ifmal.com , Idsb.my and Coin.my.