SSM DAH JAWAB! AMAN PALESTIN TIPU KITA KE?

S

Korang ingat lagi tak masa masyarakat bertanyakan tentang kenapa tidak submit audit report, apa jawapan diorang? Antaranya telah mendapat keizinan penangguhan dari pihak SSM.

Maka bertebarlah para walau’un usrah ISMA dan Aman Palestin menyebarkan dakyah dah kenyataan tersebut di seantero dunia maya tanpa melakukan tabaiyun dan meminta fakta yang sahih sebagaimana sebahagian mereka yang telah memfitnah aku yang insyaAllah, aku akan saman mereka.

Aku yang sentiasa #mindaskeptikal dan #evidencebased terus membuat kenyataan bertanya dan meminta sebarang dokumen rasmi dari pihak SSM untuk kepastian. Nampak, ada bezakan pentaksub dengan orang yang berjiwa merdeka seperti aku?

Macam biasa aku tak pernah percaya mana-mana kenyataan lebai-labai tanpa aku SCRUT dan dapatkan bukti yang jelas. Kerana itulah yang diajar Nabi aku dan agama Islam yang aku anuti. Fakta tetap fakta! Kebenaran adalah di atas segalanya.

Bahkan aku telah meminta kawan-kawan semua email SSM untuk bertanya. Rujuk :
https://www.facebook.com/100011300684188/posts/1350491355337541/?d=n

Aku juga telah ditunjukkan oleh sahabat cosec yang Aman Palestin telah didenda SSM. Rujuk :
https://www.facebook.com/100037715657121/posts/496222764978241/?d=n

Alhamdulillah, pagi ini Pihak SSM telah membalas email kami dengan jawapan yang sangat tuntas. Aku kira jawapan dari bahagian korporat SSM adalah rasmi. Jawapannya berbunyi :

“Sukacita dimaklumkan bahawa aduan yang dikemukakan oleh pihak tuan telah dirujuk ke Seksyen Pemantauan Korporat, Bahagian Pematuhan Korporat, Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) untuk pemeriksaan lanjut. Pihak SSM telah mengambil tindakan dengan mengeluarkan kompaun terhadap syarikat dan tiap-tiap orang pengarah syarikat atas kegagalan menyerah simpan Penyata kewangan beraudit kepada Pendaftar dalam tempoh yang ditetapkan dari tahun 2016 hingga 2019. Semakan lanjut pihak SSM juga mendapati tiada permohonan lanjutan Masa (EOT) telah dibuat oleh pihak syarikat untuk menangguhkan pembentangan akaun sehingga aduan ini dibuat.”

(Boleh rujuk gambar pertama.)

Jadi kenyataan rasmi yang kononnya telah mendapat keizinan pihak SSM adalah dusta yang jelas.

Korang nak percaya lagi puak macam ni? Sudahlah tak submit audit hampir 5 TAHUN. Dia pusing lagi kita dengan kenyataan ramis. Terserah korang. At the end, isu derma ni ikut koranglah nak kasi kepada siapa. Duit korang kan?

Anyway, ucapan terima kasih kepada Suruhanjaya Syarikat Malaysia (Laman Rasmi) yang telah menjalankan tanggungjawab dengan penuh amanah.

Mungkin mereka akan memfitnah aku setelah tiada hujah sekali lagi.

Ah, biasalah..

Budak usrah sepanjang aku kenal, memang kaki fitnah..

Ingat kawan-kawan NGO sekalian, transparency is your integrity, integrity is your dignity..

😜

Mengenai penulis

Tambah komen

Admin

Who is aLiph.My?

Official blog of Aliff Ahmad (Aliff Shariffuddin) also known as Abu Fedora al-Turkistani. His real name is Ahmad Aliff A S Ahmad Shariffuddin. The co-founder of Scrut.my , Ifmal.com , Idsb.my and Coin.my.