STRATEGI TAUKE SKIM INFO MEMO (IM), UNLISTED PUBLIC COMPANY (UPC)..

S

Mari aku cerita sedikit pasal pasal pelaburan IM UPC ni. Mungkin ramai taktau. Sebenarnya pelaburan IM UPC ini memang dibenarkan oleh Suruhanjaya Sekuriti (SC) yang mana peraturannya hanya perlu melakukan submission/lodgement kepada pihak SC. Ia satu intsrument untuk melakukan fund raising.

Boleh rujuk :
https://www.sc.com.my/regulation/guidelines/upc

TETAPI!

Pelaburan ini hanya dibenarkan dibuka kepada sophisticated investor (SI) atau high nett worth individual (HNWI) sahaja, bukan untuk retailer. Tak boleh dibuka dipromosi secara terbuka. Dan, menimum investment per investor adalah RM250,000. Seseorang sophisticated investor atau high net worth individual ini ialah seseorang yang mempunyai sekurang-kurangnya net worth sebanyak RM3 juta.

Ada beberapa cara, mereka melakukan investment IM UPC ini.
1. Terus membeli saham syarikat dengan nilai valuation yang ditetapkan.
2. Melalui redeemable preference share (RPS).

Kenapa pelaburan IM UPC hanya dibenarkan kepada SI atau HNWI sahaja? Kerana golongan ini dianggap bijak, faham risiko dan tidak akan memekak jika pelaburan mereka gagal. Walaubagaimana pun syarikat itu tetap tertakhluk di bawa undang-undang, aturan-aturan dan tatakelola di bawah agensi-agensi kerajaan seperti SSM dan SC.

Tetapi, IM UPC telah disalahgunakan oleh ramai scammer untuk mengumpul dana dan kemudiannya lesap melarikan wang pelabur. Kata mereka,

“saham syarikat sudah diberikan, rugi adalah risiko dalam pelaburan.”

Simple!

Ada juga juga menggunakan instrument IM UPC ini dengan jenama pre-IPO untuk raise fund dengan janji keuntungan akan berlipat kali ganda dengan jika syarikat tersebut ke IPO nanti. Nanti itu bila? Nanti itu kena trust the process.

Cumanya, aku difahamkan yang ada tauke IM UPC ini melanggar peraturan dengan mengutip pelaburan daripada retail investor. RM5k, RM10k, RM50k, dan RM100k. Di bawah nilai RM250k yang boleh dikira sebagai melanggar undang-undang.

Selain itu, mereka juga menunggang nama SC dan SSM untuk meyakinkan pelabur yang melabur dengan mereka adalah sah dan valid menurut undang-undang. Maka, ramailah yang termakan dan tertipu. Yang lawaknya, ramai di kalangan pelabur-pelabur ini ada di kalangan profesional seperti profesor-profesor universiti, PhD holder, doktor-doktor pakar dan pegawai-pegawai tinggi kerajaan.

Mungkin mereka terliur dengan janji-janji pulangan yang tidak logik. Tapi apa kan daya, sifat tamak dan pentingkan diri mereka lah yang menjerat mereka. Setelah terkono, barulah meroyan. Walhal, jika mereka menggunakan akal yang waras, pasti mereka menolak tawaran pelaburan seperti itu.

Cumanya apabila tauke IM UPC ini menggunakan instrument ini untuk menjerat orang awam atau retailer juga. Aku kira memang salah lah. Aku melihat laporan-laporan polis ke atas Zamsaham, ada yang menyebut mereka melabur RM50k, RM100k dan ada juga RM10k di dalam TRWB, UZB dan lain-lain. Aku tak pasti betul ke tidak. Jika benar, pihak berwajib patut siasatlah. Mungkin fitnah terhadap Zamsaham barangkali!

Tetapi, aku berpandangan bahawa mustahil lah Zamsaham akan melanggar undang-undang. Dia itu alumni Oxford Saiid Business School kan. Sifu saham lagenda dan terulung di Malaysia ini. Dia sudah kaya lama. Tak perlu duit orang lain. Dia bukan level Founder Misi atau Sham Itik nak collect-collect derma. Betul tak?

Demo mana kenal bare bohh!!

😜

Mengenai penulis

Tambah komen

Admin

Who is aLiph.My?

Official blog of Aliff Ahmad (Aliff Shariffuddin) also known as Abu Fedora al-Turkistani. His real name is Ahmad Aliff A S Ahmad Shariffuddin. The co-founder of Scrut.my , Ifmal.com , Idsb.my and Coin.my.