SUARA GROUP LHDN CARI SIAPA HARI INI? TELAH DIDENGARI!

S

Minggu lepas aku telah dihubungi oleh seorang pegawai LHDN menggunakan nombor personal, namanya Fatin. Ini pun satu perkara yang rare. Sebab jarang orang LHDN bagi no telefon personal. Jadi aku appreciate-lah. Aku ni kalau orang berlembut dengan aku, aku lah harimau paling jinak.

Selepas aku menerima email jemputan tersebut, semalamlah (17/11/2021) majlis pertemuan tersebut. Aku menyatakan aku akan hadir bersama partner aku, auditor, peguam aku dan balu arwah Loloq. Selepas itu aku dihubungi memberitahu mereka bukan nak bincang pasal isu teknikal atau cukai, just nak dengar cerita aku.

Aku faham. Aku anggap inilah kerja dan peranan Jabatan Komunikasi Korporat yang telah mendengar dan mengiktiraf suara kita semua di Group Facebook LHDN Cari Siapa Hari ini? Aku menghubungi sahabat aku yang pernah bekerja dengan LHDN, dia kata,

“Kalau setakat corporate comm yang panggil, takkan jadi apa lah. Buang masa je.”

Minda skeptikal aku terus berbolak balik. Ini memang majlis buang masa lah ni. Diorang mengular pun gaji jalan setiap bulan, aku buat benda ni takda dapat untung apa. Anak bini nak makan kat rumah. Aku kena dapatkan sesuatu juga pada hari tersebut.

Maka, aku telah menulis memorandum dengan 18 tuntutan. Ya, aku tau bukan semua itu dalam bidang kuasa mereka, tetapi aku nak mereka cakna ini adalah tuntutan rakyat marhaen dan aku percaya tiada marhaen yang akan membantah. Hanya orang LHDN dan penjilat LHDN sahaja yang akan membantah tuntutan-tuntutan tersebut. Boleh rujuk di bahagian foto.

Aku telah menempah tshirt yang tertulis KAMI WIRA NEGARA di depan dan TAX PAYERS ARE NOT CRIMINALS untuk hari semalam bagi memberi signal yang kami tak takut, kami tak lari, kami ialah stakeholder, kami ialah VIP kepada “syarikat” yang berniaga dengan memeras hasil titik peluh kita rakyat marhaen. Steady tak baju aku?

Semalam aku tiba sedikit lewat. Ini memang perangai “bogan” aku. Bila aku yang dipanggil, dia kena tunggu aku, aku akan datang dengan gaya aku dan diri aku. Tshirt berkolar bulat, seluar cerut dan selipar. Tak formal? Do I care? I never speak with my looks, I speak with my brain and heart.

Masuk saja bilik meeting sudah ada beberapa orang menunggu. Steady, bagus, boleh terus mula. Tak payahlah aku buang masa tu tunggu diorang. Jujur, aku datang dengan persepsi negatif yang puak diorang ni hanya nak melepaskan batuk di tangga. Buat syarat atau nak test keupayaan aku melawan sama ke tak bila berjumpa dengan dalam Facebook.

Balu arwah Loloq tidak dapat hadir. Kereta rosak on the way. Maklumlah, kereta buruk, tengah susah, LHDN ligan nak 200k daripada dia kan. Aku tau, dia takda duit dan tengah pening kepala. Aku kasitau dia,

“Takpa kak, tenang-tenang. Tak datang pun takpa.”

Dalam masa yang sama, aku rasa sangat sedih dan simpati kerana aku tak boleh tolong dia. Aku hanya berdoa semoga semua berjalan lancar.

Dalam bilik meeting tersebut dihadiri oleh 3 orang main charactor iaitu,
1. Puan Umi – timbalan pengarah jabatan komunikasi korporat.
2. Abe Sukri – pengarah jabatan pematuhan
3. Dr. Hazlina – pengarah jabatan undang-undang.

Selepas mereka perkenalkan diri, barulah aku rasa perjumpaan ini serius. Macam biasa, orang undang-undang akan sentiasa spoil the mood sebab minta surat lantikan bawa saksi-saksi aku. Aku terus cakap, saya balik dulu lah buat surat kalau nak skema camni. Nak jumpa pun kena buat surat lantikan. Lagi satu, dia sepatutnya respect aku, diorang yang nak jumpa aku, bukan aku yang terhegeh-hegeh nak jumpa diorang. Respect aku dengan respect kawan-kawan aku. Aku tax payer, bukan penjenayah! Saksi-saksi aku juga tax payer bukan penjenayah.

Mereka memulakan dengan mengharap ia tidak dirakam, hanya perbincangan biasa. Aku terus tanya, dengan prejudis atau tanpa prejudis. Abe Sukri kata, kita bincang macam anak beranak. Atas dasar hormat permintaan mereka, aku yekan saja. Aku memang tau LHDN ni memang penakut kalau nak dirakam. Sebab itu aku bawa saksi-saksi aku. Manalah tau ada timbul kekecohan nanti.

Seperti yang aku dah agak, mereka nak tau apa yang trigger aku buat group itu dan menyerang LHDN secara terbuka. Aku pun ceritalah siapa aku. Aku buat apa. Kenapa aku triggered. Diorang mula-mula ingat sebab aku punya personal interest, mereka silap. Siapa yang follow aku tau, rujuk sini :
https://aliph.my/kenapa-aku-lawan-lhdn/

Masa aku cerita aku duduk Australia 10 tahun. Diorang tanya pasal pengalaman cukai di Australia. Aku pun ceritalah macam yang pernah aku cerita dulu. Rujuk sini :
https://aliph.my/kalau-aku-pelari-cukai-aku-pun-tak…/

Aku ulang berkali-kali semalam, kutip cukai adalah haram dan kezaliman. Dibenarkan kerana maslahah. Aku bukan pembenci cukai, aku sosialis, aku percaya cukai boleh tolong orang miskin, boleh tolong negara. Tapi, mestilah dibelanjakan dengan betul dan diambil dengan cara yang betul. Aku menggariskan prinsip ini dari awal perbincangan sampai penutup.

Keadaan sedikit tegang apabila Dr. Hazlina nak jadi peguam dalam court pula dalam perbincangan. Dia bersikap sangat defensive apabila nak mempertahankan polisi-polisi dan sop-sop sampah LHDN yang kami kritik, seolah-olah pihak kami berbohong. Yang lebih teruk, dia boleh tanya peguam yang ikut aku tu chambering ke? Since dia bertubuh kecil dan comel. Tapi wajarkah bersikap provokatif sebegitu?

Persoalan :
1. Kalau dia chambering pun apa masalah kau nak tiba-tiba tanya orang macam tu?
2. Dia bukan chambering dan dia running his own firm, bukan makan gaji dengan LHDN macam Dr. Hazlina. Dia buat business. Dia jauh lebih faham tentang orang business nak banding dengan Dr. Hazlina.

Aku dengar peguam itu agak terguris dan akan mengambil tindakan. Aku dah cakap, aku bawa fighter. Bukan bawa loser. Lawanlah korang sesama lawyer!

Orang undang-undang tetap berperangai seperti orang undang-undang. Seakan-akan dia berfikir “I am the law!” Dengan aku, dia silap. Pandangan aku, adalah pandangan aku. Aku akan ajar cara nak faham pandangan aku.

Sahabat aku, Nik Izwan suruh Dr. Hazlina hantar surat pakai pos biasa dan cuba track since isu pos biasa yang dipertikaikan. Kami bagitau kami tak terima, terima lambat, dia macam tak boleh terima kenyataan itu. Jadi, Nik suruh dia sendiri pos sesama diorang dan track bila sampai. Tapi dia macam tak faham. Nasiblah Abe Sukri faham. Harap diorang buatlah.

Aku macam biasalah, aku tetap dengan pendirian orang makan gaji takkan faham apa usahawan macam kami lalui. Dr. Hazlina masuk lagi. Dia kata, aku ingat dia duduk dalam gua, takda saudara mara berniaga ke?

Nampak? Argument cliche orang LHDN. Inilah mentaliti standard orang LHDN. Dr. Hazlina salah seorang daripadanya. Mereka ini perasan mereka faham kita. Walhal mereka tak faham. Kalau semua orang jadi saudara mara dia, takdalah group ini wujud. Apa masalah, kita call je saudara kita yang nama Dr. Hazlina tu. Siapa sini sedara dia? Tolong adjust! 😜

Jadi aku terpaksa bagi 2 jawapan mudah dan logik.
1. Resign. Then buat business. Hire 10 people. Then tell me later.
2. Aku bagi analogi ibu melahirkan anak. Mak aku selalu kasitau, yang takda siapa boleh faham rasa sakit tu. Aku tanya Puan Umi, dia setuju. Macam tulah aku. Aku kata aku faham mak aku lahirkan aku sakit. Aku hargai. Mak aku still kata aku tak faham. Begitulah keadaan usahawan, orang LHDN yang setiap bulan ada gaji tetap, takda tanggungjawab perut pekerja, hujung tahun dapat bonus, takkan faham kami walaupun mereka telah cuba faham. Hatta, kami sesama kami pun tak boleh komen lebih orang lain dalam industri lain. Kalau faham, takdalah diorang macam orang kebulur datang sergah dan paksa kita!

Yang melucukan. Dr. Hazlina bagitahu dia takda Facebook. So, benarlah memang dia duduk dalam gua. Dalam gua memang takda Facebook. Itu sebab dia tak faham apa jadi dekat page FB LHDN yang hanya penuh maki hamun dan rasa tak puas hati pembayar cukai. Dia asyik cakap masalah kebejatan LHDN adalah isolated cases. Walhal ia maaruf! Ia NORM! Bukan aku je cakap, ramai lagi cakap. Pada aku, ia NORM yang perangai orang LHDN teruk!

Apabila Nik Izwan menyebut tentang LHDN patut ada penasihat syariah. Pun, Dr. Hazlina tu macam melantun juga dan bertanya,

“kenapa LHDN kena ada penasihat syariah?”

Nampak tak, orang undang-undang dunia, sensitif bila dengar syariah. Kenalah explain lagi, ia hanyalah lontaran persoalan. Kalau tak siapa yang kawal perbuatan halal haram, maslahah mafsadah. Penalti setinggi 45% ulama’ mana benarkan? Mestilah kena ada guideline syariah kalau nak claim kutip cukai itu harus. Hukum asal cukai ni kan haram. So nak kempen kutip cukai ni haram?

“Tidak masuk syurga, si pemungut cukai.”

Selepas itu, barulah dia kendur sikit. Ada Phd, ada kuasa, banyak pengalaman, dan ada jawatan tinggi tak menjadikan kau boleh bongkak dan memandang enteng anak muda. Aku kira, dia tak sepatutnya ada dalam meeting room semalam. Biarlah dia lawan dalam court je. Sikap dan ego sebegitu mungkin sesuai hanya di mahkamah, tetapi tidak dengan tax payer!

Aku harap dia belajar dengan Pn. Umi dan Abe Sukri cara handle orang muda dan jujur macam kami. Aku bagi sepenuh pujian kepada mereka berdua kerana dilihat sangat ikhlas, profesional, tidak defensif dan tidak provokatif. Kalau aku jadi lunak dan jinak sikit, mungkin sebab mereka berdua dan Fatin pegawai yang entertain aku. Ibarat slogan warga Indonesia ketika marah dengan Malaysia,

“Ganyang Malaysia! Selamatkan Siti Nurhaliza!”

Maka slogan aku pula,

“LHDN jahat dan zalim! Kecuali Pn. Umi, Abe Sukri dan Fatin!”

Anyway, aku telah bacakan 18 tuntutan dan aku telah syarah setiap pointnya bagi mewakili group ini. Aku menunggu komitmen balas daripada memorandum yang aku bentangkan semalam.

InsyaAllah, kalau LHDN boleh bagi beberapa komitmen dalam tuntutan tersebut. Kita pun takdalah marah sangat. Betul tak?

Korang jangan risau, aku tidak boleh dibeli. Aku ada prinsip yang teguh. Aku ulang banyak kali semalam, perjuangan aku bukan untuk diri aku. Hal aku, aku setel sendiri. Ini untuk kawan-kawan aku, rakyat marhaen, orang susah, dan anak muda masa depan negara. LHDN perlu berubah!

Ingat, kita semua WIRA NEGARA!
Kita bukan PENJENAYAH!

😉

Mengenai penulis

Tambah komen

Admin

Who is aLiph.My?

Official blog of Aliff Ahmad (Aliff Shariffuddin) also known as Abu Fedora al-Turkistani. His real name is Ahmad Aliff A S Ahmad Shariffuddin. The co-founder of Scrut.my , Ifmal.com , Idsb.my and Coin.my.