Aku pun dulu tak pandai English. Even sampai hari ini aku consider aku tak pandai English. Walaupun aku pernah berkelana di negara omputih, kerja dan bercinta.
Aku kan orang kampung. Anak orang miskin. Pindah ke bandar jadi miskin bandar pula. Ingat atok kaya bila mati ayah aku kaya, tak kaya juga. Kena tipu buat business. Sontot. Nasiblah tak resign dari kerja gomen.
Anyway, dalam perjalanan hidup aku dengan omputih ni. Aku recognize diorang bangsa yang ada confident tinggi. Walaupun dia technician kau, dia berani cabar kau. Sebab kau kena cakap bahasa dia.
Masa awal-awal dulu, aku struggle juga nak tiru slang diorang. Sampai suatu saat, aku tengok kawan-kawan local aku slumber je cakap ikut slang English negara masing-masing. Tengok omputih pun tak jaga grammar.
Start dari hari tu, aku cakap ikut suka aku. Sampai satu tahap aku dapat 1 penyakit, suka buli omputih. Tak lama. Lepas tu aku taubat. Tapi, aku boleh kasitau 1 tips. Bahasa ini hanya pengantar. Yang penting content.
Mesti ada ilmu, substance, wisdom! Kalau kau dengar speech Einstein, kau pun boleh tertidur. Macam abam ni cakap,
“Kalau pandai English jadi power, prestij, dan elit, ramailah pornstar patut diangkat..”
Nak tau lebih? Korang bacalah apa orang tua ni bebel. Sangat bagus untuk korang yang masih segan-segan nak balon je speaking.
Ingat, English is not our mother tounge. Just treat it like the alien tounge.