Ini 2 orang sahabat aku. Mereka ialah 2 orang anak muda yang sangat berbakat tetapi tidak mendapat tempat dalam GLC atau agensi kerajaan kerana mungkin bukan lahir dari sperma dan ovum orang kenamaan dan orang politik.
1. Dr. Saidal Azzuhri
2. Dr. Imran Mustafa
Dr. Saidal merupakan graduan MUST-MIT dan UQ. Manakala Dr. Imran Mustafa pula real graduan Imperial College sebab dia undergrad dekat sana. Mereka ini ada petent product, ada skills dan ada talent.
Mereka pernahlah pergi pitch dan panjat untuk bawa projek-projek dan produk-produk mereka yang pada aku sangat power. Aku selalu dengar idea diorang ni tapi aku tak mampu bantu kerana ia perlu pada political will. Ada juga yang kena cantas.
Dr. Imran ahli fizik, pakar photonic dan Dr. Saidal ahli sains computer, pakar network dan head of blockchain technology lab di UM. Tapi, mereka ni bukan sesiapa, hanya orang biasa, anak orang biasa. Sebab tu position tak ke mana.
Kalau ada politikus atau menteri yang mahukan suara anak muda, cerdik pandai dan talent yang jauh lebih bagus dari anak Kak Jat, bolehlah lantik diorang ni. Diorang ni takda history gagal macam NFC lah.
Kalau nak dapatkan nasihat yang ilmiah dan telus, yang pasti jauh lebih cerdik dan pintar daripada SU-SU menteri. Lantik orang macam mereka tu. Tapi, kena aware lah, mereka ini bukan penjilat dan pengampu. Pandangan dan nasihat mereka biasanya jujurlah.
Mereka ini dari UM, bukan dari NFC mahupun JASA! Apa merit yang kurang untuk kata mereka ini tidak bagus dan tidak layak? Tak pandai parking roh dalam rahim siapa?