TATTOO?

T

Zaman aku keluar masuk lokap dulu, aku pernah bercita-cita nak pasang tattoo. Aku pernah nak letak naga di lengan kanan, harimau di lengan kiri. Ular sawa di betis kanan, buaya di betis kiri. Semua itu ada maksud tersendiri.

Bezanya kaum underground gangsta ni, pakai tatu yang traditional made punya. Sakit punya, demam-demam sebab infection. Tak pakai bius. Baru naik maqam! Sama macam tattoo kaum Maori. Pakai tanduk babi cucuk-cucuk. Jadi kalau nak sembang ini tradisi, buat cara traditional. Baru betul!

Tapi aku tak buatlah, aku kan anak orang PAS, aku mengkaji kenapa Islam haramkan. Pada aku, mestu ada alasan dan logik. Sesuatu yang Nabi larang pasti ada kebaikan. Kata para karkun,

“ada khair (kebaikan) insyaAllah..”

Aku pernah lihat kawan aku yang mengalami infection teruk akibat side effect process bertatu. Daripada nak buat naga berapi, jadi naga berkurap. Sampai sekarang tangan dia ada rasa gatal-gatal katanya.

Selain itu, aku pernah travel dengan rakan kerja aku. Dia kena tahan lama sebab disyaki ahli sendikit dadah dari Russia. Tatu dia gambar penguin gigit pisau je. Dia pun ambil dari Google je. Sebab penguin, rugi 6 jam. Gopren aku kat luar airport dah cuak dah. Aku yang ketika itu macam Jesus, berjanggut meluncur laju melepasi imigresen.

Aku juga pernah sembang-sembang dengan kawan aku, pakar kulit di UK semasa aku bekerja di sana. Dia pun macam tak agree dengan aktiviti tatu ini. Katanya banyak isu dia dah jumpa. Masa muda mungkin ok, masa tua bila badan dah tak kuat, macam-macam kompilasi disebabkan ink tatu terhadap kulit.

Jadi, bertatu ni untuk kesihatan pun tak elok. Sama macam minum arak, hisap rokok, hisap ganja. Walaupun ia budaya, ia budaya yang tidak baik, tidak sihat. Buat apa kita nak berkempen atau bersama untuk budaya yang tidak sihat. Biarlah budaya mereka untuk mereka.

Jangan nanti budaya hisap ganja dan minum arak juga dibawa kerana ia budaya atau adat sesetengah tempat. Dunia perlukan kehidupan yang sihat.

Mengenai penulis

Tambah komen

Admin

Who is aLiph.My?

Official blog of Aliff Ahmad (Aliff Shariffuddin) also known as Abu Fedora al-Turkistani. His real name is Ahmad Aliff A S Ahmad Shariffuddin. The co-founder of Scrut.my , Ifmal.com , Idsb.my and Coin.my.