Telah sampai kepada aku surat yang Akademi al-Khayr yang dipimpin oleh masyaikh dan sahabat karib Ali Konspirasi, Dr. Kamilin Jamilin telah ditamatkan kontrak dengan al-Khaadem.
Aku telah bertabaiyun dan surat itu benar. Untuk pengetahuan semua, Akademi Al-Khayr dibenarkan untuk menjalankan pusat tahfiz di atas premis milik al-Khaadem yang sebelum ini dipanggil Home Of Hopes.
Disebabkan banyak complain dan masalah barangkali, perjanjian itu dibatalkan. Mungkin demi menyelamatkan akidah anak-anak di situ daripada terpengarah dengan akidah Ali Konspirasi.
Aku percaya banyak lagi hal lain telah berlaku kalau kita dig inside. Mustahil al-Khaadem yang diketuai oleh As-Syaikh Ustaz Hussain Yee bertindak sebegitu. Lagipun, aku juga telah dengar macam-macam complain mengenai Dr. Kamilin.
Nanti aku sendiri akan tulis pengalaman aku dan kawan-kawan yang pernah bermuamalat dengan gang Dr. Kamilin dan Al-Mahdi Ali Konspirasi supaya ramai kenal perangai mereka di sebalik bacaan Quran dan Hadis.
Aku menyeru ibu bapa yang menghantar anak-anak ke Akademi al-Khayr untuk bangkit dan menceritakan kisah sebenar yang berlaku di dalam Akademi al-Khayr.
Jangan sapu bawah karpet. Jangan biarkan orang lain pula masuk ke perangkap gang ini. Ini fardhu kifayah.
Ingat tuan-puan, usul #MindaSkeptikal yang pertama..
![😜](https://static.xx.fbcdn.net/images/emoji.php/v9/t20/1/16/1f61c.png)
![](https://aliph.my/wp-content/uploads/2023/10/1-11.jpg)