TENGOK, BAGAIMANA MEREKA ALL OUT?

T

Perempuan ini sudah terang-terang melanggar beberapa remaja dan maut. Tak kiralah remaja-remaja itu bersalah atau tidak, jalan gelap atau tidak. Takkanlah orang bersalah kau boleh langgar sampai mati.

Takpa, dia akan menggunakan hak dia untuk buat rayuan. Aku percaya Gopal Sri Ram punya harga tak murah. Aku rasa ia dibayar oleh DAP associates kalau tidak probono.

Cuma aku nak cerita sikit. Dulu ada kenalan aku mati dilanggar pemandu mabuk. Tapi masa di mahkamah, pendakwaan gagal membuktikan pemandu itu mabuk. Ia teknikal. Maka pemandu itu dilepaskan, hanya membayar denda.

Begitu juga kes pemandu mabuk yang melawan arus sehingga membunuh seorang kakitangan Alam Flora. Dia hanya dipenjara 80 hari dan didenda RM5000. Ada satu kes lagi terlepas dengan kad oku katanya, walaupun pada awalnya positif dadah.

Apa yang aku nak sampaikan adalah bagaimana mereka all out untuk menyelamatkan orang mereka daripada dihukum undang-undang. Walhal sudah ada kematian berlaku. Sudah ada yang kehilangan nyawa dek kerana kecuaian si pelaku.

Untuk kes adik Bella, siapa yang adik Bella telah sakiti dan lukai. Tiada! Bahkan adik Bella sendiri yang parah dicederakan. Tapi! Kenapa tiada satu parti politik atau politikus yang mahu membela nasibnya?

Daripada UMNO? Tiada!
Daripada DAP? Tiada!
Daripada PPBM? Tiada!
Daripada PAS? Tiada!
Lain-lain? Tiada dan tiada!

Mungkin kerana adik Bella bukan Cina, dia hanyalah OKU down syndrome, dia Muslim.. ?

Atau..

Jika dibongkar apa yang ada di sebalik kisah derita adik Bella, akan terjumpa sebongkah iceberg yang besar di dalamnya? Banyak pihak akan terlibat di dalamnya daripada kesemua pihak parti politik?

😉

Mengenai penulis

Tambah komen

Admin

Who is aLiph.My?

Official blog of Aliff Ahmad (Aliff Shariffuddin) also known as Abu Fedora al-Turkistani. His real name is Ahmad Aliff A S Ahmad Shariffuddin. The co-founder of Scrut.my , Ifmal.com , Idsb.my and Coin.my.