Aku dijemput menghadiri meeting dengan YB Menteri pasal isu #JusticeForBella. Aku tak faham kenapa mereka nak aku datang juga. Aku memang orang yang tak suka pergi ke meeting formal.
Jadi, hari ini aku terpaksa pakai kasut demi Bella. Aku memang malas pakai kasut semenjak balik Malaysia 2017 sebab panas. Bukan saja hati panas, kaki pun panas.
Aku mengharapkan ada political will yang boleh membetulkan kes adik Bella ini ke arah kebenaran yang sebenar.
Masyarakat dan rakyat marhaen sedang memantau. Doakan kami.