Ulama’ bukan Nabi, fatwa bukan Quran.

U

2018..

Hari ini?

Ulama’ bukan Nabi, fatwa bukan Quran.

Tahukah kalian kopi pernah diharamkan oleh ulama’ Islam suatu ketika dulu?

Tau tak? Tak apa, biar ana ceritakan.

Kopi awalnya dijumpai di Habsyah (Ethiopia). Kopi diminum oleh para sufi bermula di al-Mukha, Yaman. Mereka minum supaya tidak tidur dan boleh berzikir sehingga lewat malam. Dari nama al-Mukha itulah lahirnya Mocca!

Sekitar tahun masihi 1511, kopi telah dibawa masuk ke Mekah tetapi ulama’ di Mekah telah mengharamkan dan telah disokong oleh majoriti ulama’ sunni. Sehingga Sultan Salim, khalifah Uthmaniyah yang pertama juga mengharamkan kopi pada tahun 1517.

Mereka berpandangan kopi itu seakan arak kerana beranggapan ia menyebabkan peminumnya kurang waras kerana mampu tidak tidur yang mendatangkan mudarat terhadap tubuh badan.

Selain itu mereka juga melakukan bidaah dengan meminum kopi setiap Isnin dan Jumaat sambil berzikir. Pada lebih kurang sekitar 1539 masihi, fatwa pengharaman kopi diperkuatkan lagi.

Sultan Sulaiman pada tahun 1524 masihi telah mengeluarkan perintah kopi adalah halal walaupun dibantah para ulama’ ketika itu. Hari ini, pandangan kopi adalah haram sudah tidak popular lagi.

Begitulah juga bitcoin atau matawang kripto, terdapat para ulama’ yang mengharamkannya dengan alasan yang sangat lemah, tanpa kefahaman yang baik dan dengan sangkaan yang syok sendiri.

Tetapi kini, telah muncul ramai ulama’ yang mengharuskan bitcoin. Sebuah tesis daripada universiti di negara yang dikatakan ortodoks, Universiti Islam Madinah, telah mengeluarkan konklusi yang bitcoin itu tidak haram.

Hanya mereka yang boleh berbahasa Arab bisa memahami dan menganalisis. Scammer mengaku ustaz yang suka memfitnah kekal membodohkan umat dengan kejahilannya.

Kesimpulannya, manusia itu termasuk ulama’ biasanya memusuhi perkara yang mereka tidak ketahui. Ulama’ bukan Nabi, fatwa bukan Quran.

-Adik Maulana Kripto

😉

Mengenai penulis

Tambah komen

Admin

Who is aLiph.My?

Official blog of Aliff Ahmad (Aliff Shariffuddin) also known as Abu Fedora al-Turkistani. His real name is Ahmad Aliff A S Ahmad Shariffuddin. The co-founder of Scrut.my , Ifmal.com , Idsb.my and Coin.my.