Ibarat ulama’ keluar fatwa motosikal diharamkan kerana banyak kes rompakan menggunakan motosikal. ‘Illah-‘illah lain dimasukkan untuk menyokong 1 sudut pandangan dan kejadian. Maka keluarkan fatwa motosikal haram. Walhal hakikat sebenar, orang yang kenal dan faham motosikal tahu bukanlah begitu tujuan dan penggunaannya. Ya, ia tak realistik! Kita akan kata fatwa tersebut merepek.
Begitulah yang terjadi kepada bitcoin diharamkan kerana bukan matawang, tiada kawal selia, banyak kes kerugian, scam, money laundering. Segala-mala ‘illah akan dimasukkan untuk menunjukkan ia menuju ke arah haram dan difatwakan haram. Hakikatnya, bitcoin bukanlah sebegitu. Aku katakan mereka yang mengharamkan bitcoin adalah salah, merepek dan tak realistik. Fatwa tersebut elok dibuang dalam tong sampah.
Aku baru sembang dengan Asri Sobri tadi, dia kata khilaf dan dia muqallid. So, lebai-lebai salapi dan budak-budak salapi sedar sikit. Nak pilih haram, duk diam-diam. Macam gang salapi Sungai Kantan flat-earth, antivax dan teori konspirasi.
Heh!