KALAU AKU PELARI CUKAI, AKU PUN TAK BERANI CUIT LHDN!

K

Mungkin para haters, kaum pemungut cukai yang Nabi sebut tidak masuk syurga, lawyer cabuk, si bodoh dan macai pemungut cukai berfikir yang aku lawan cukai sebab aku taknak bayar cukai atau aku pelari cukai.

Kalau ada yang berfikiran begitu, memang mereka kurang cerdik. Yang tak berani lawan LHDN lah selalunya pelari cukai. Yang yang berani lawan nilah yang tak lari cukai.

Kenapa aku berani lawan LHDN? Sebab aku tau, aku bukan pelari cukai. Kalau aku pelari cukai, confirm-confirm aku pun tak berani nak memekak lebih-lebih. Kang depa mai, pengsan aku. Faham?

Aku dah ajak ramai kawan-kawan, influencer-influencer, asatizah, rebel-rebel, peguam-peguam dan politikus-politikus. Jawapan mereka senada sahaja.

“Aku sokong kau, aku cucuk angin.”
“Aku suport kau. Tapi aku tak boleh nak cakap. Nanti LHDN nyusahkan aku.”
“Aku setuju dengan kau. Depa memang zalim. Tapi nanti LHDN cari aku pula.”

Jawapan-jawapan mereka ini juga membawa 2 naratif sahaja.
1. Mereka memang tak “clean” sangat dengan LHDN.
2. Menunjukkan mereka cakna yang perangai LHDN ni macam zionis. Tak boleh dikritik nanti akan diserang.

Aku sendiri pun habis mereka cuba ganggu. Mereka tak dapat apa, mereka cari penalti pula. Amat menjijikkan. Mereka cuba menyusahkan hidup aku. Tapi, aku dah sedia untuk hadap mereka. Inilah bukti aku bukan pelari cukai.

Demi Allah, aku takkan berganjak!

Apa yang mula-mula trigger aku melawan?

Rujuk sini :
https://www.facebook.com/100037715657121/posts/550638902869960/?d=n

Untuk pengetahuan korang, selama ini aku memang benci orang tak bayar or lari cukai sebab aku pembayar cukai yang baik. Tapi hari ini aku rasa aku bersetuju dengan mereka yang lari cukai. Sebab aku yang bayar cukai pun kena kacau, elok aku tak bayar. Puas hati. Ini, aku yang bayar diganggu, yang tak bayar, selamat.

Alah, pegawai LHDN yang berniaga buat side income pun tak declare income business dia. Diorang sendiri lari. Nak cakap lebih. Aku ada banyak nama dan bukti diorang berniaga. Aku percaya diorang pun tak declare dan bayar cukai. Kalau declare, tunjuk bakmai!

Setan!

Korang tau kan, aku officially balik Malaysia tahun 2017, aku bawa duit dari oversea invest di Malaysia, setup company, kasi orang kerja dan aku pastikan tahun pertama pun aku dah bayar cukai walaupun sebenarnya taklah untung mana pun, aku buat tax planning untuk masa depan.

Tapi biasalah, first year mesti ada banyak flaws dengan staff tak cukup, staff datang dan pergi. Tahun pertama tahun development. Kemudian 3 tahun survival. Lepas tu barulah boleh tengok hasil atau cashflow game je. Kau ingat aku berniaga macam lawyer cabuk, duk buat kerja dalam rumah laki dia bayar? Takda office takda staff?

Cukai ni mana kita ada belajar di sekolah mahupun universiti. Jadi sepatutnya LHDN kena educate, bukan datang terus bunuh. Bagi ruang dan peluang. Let the business grow. Kalau semua LHDN nak bunuh, buat tax payer benci, walhal LHDN hidup dengan duit orang business ni. Aku pun dah mula terfikir nak migrate balik dah lepas lihat kebobrokan orang cukai di Malaysia yang sangat kejam dan zalim.

Aku first year business dah bayar cukai. Company lain first year ada bayar cukai? Fashion Valet ada bayar cukai? Kebanyakan buat rugi. Yelah, diorang ada duit geran, investor. Aku mana dapat semua tu. Aku bayar sebab memang niat aku balik Malaysia nak berbakti dan sama-sama bangunkan negara, bayar tax untuk bantu negara. Sampai aku sebagai pengarah syarikat yang tak wajib buat PCB pun aku buat. Aku pump duit aku sendiri untuk buat gaji, aku bayar PCB. By right aku tak perlu buat pun kan. Duit sendiri bayar gaji tau!

Aku juga membezakan cukai dan zakat. Cukai untuk negara, zakat untuk diri dan agama. Jadi aku tak pernah claim zakat dalam cukai pendapatan aku. Aku memang dah tahu lama hukum asal cukai adalah haram, tetapi diharuskan oleh sebahagian ulama’ disebabkan maslahah. Tapi hari ini aku menyesal. Aku menyesal kerana aku membezakan zakat dengan cukai. Elok aku claim je zakat mengenangkan perangai pegawai-pegawai LHDN yang macam zionis.

Pengalaman aku bekerja dan berniaga di luar negara, berdepan dengan tax office langsung tiada pengalaman buruk. Mari aku cerita. Aku mendaftarkan syarikat pada tahun 2010 di Australia. Aku mana tahu pasal cukai apa kejadah semua ni. Mana ada proper account apa semua. Sebelum ini hanya personal tax je.

Tahun 2012, aku dapat surat cinta. Tax office panggil, dengan taksiran dan denda. Aku memang terkejut. Memang aku kata dalam hati, mamposlah aku. Sampai saja di pejabat mereka, aku disambut dengan senyuman oleh seorang makcik. Dia senior tax officer. Dia bawa air dan ajak aku bersembang.

Oh lupa. Office mereka pun bukanlah macam Cawangan Bangi, hanya office lot biasa sahaja. Cawangan Bangi jauh lebih grand. Makcik tanyalah aku kerja apa, dulu belajar apa, tengah buat business apa, tahu tak pasal tax tak. Aku jawablah semua dengan jujur. Dia advise aku suruh ambil tax agent kalau business dah maju. Dia ceritalah yang tax office ni grow sama-sama dengan business owner, bukan nak sedut duit business semata-semata.

Lepas tu dia cerita pasal kes aku, aku pun angguk jela. Aku biasa buat tax return untuk personal, ini dengan GST bagai. Dia kasitau,

“Forget about the penalties, I will waive all of them since you are in the first year of doing business.”

Camtulah lebih kurang ayat dia. Lepas tu dia bawa aku pergi ke komputer dia, dia ajar aku pasal system ATO, itulah inilah dia ajar pasal tax di Australia. Dia siap bergurau yang aku tak boleh lupa, dia kata,

“Engineers think they are smart because they invented computer, but accountant use this computer to tax engineers money.”

Sebelum aku balik, dia bagi brochure pasal cukai dan hantar aku sampai ke pintu. Dia kasitau,

“I will help you to reduce your company tax.”

Lepas 3 hari, sampai surat, penalties waive siap discount 90% dari tax value sebelum ni. Inilah pengalaman pertama aku ke tax office dan ia sangat indah. Sejak itu, aku menjadi menyumbang cukai kepada kerajaan Australia tanpa gagal. Sampai level bila aku gaduh dekat airport, aku akan tanya immigration or custom diorang,

“How much you contribute tax every year to this country?”

Kah kah kah!

Pasal personal tax aku kat sana, pernah aku tak buat claim or tax return masa aku pi kerja dekat Abu Dhabi. Diorang sendiri yang refundkan lepas dia call aku tanya apsal tak buat tax refund. Punya amanah diorang. Duit kita dia pulang dengan takyah minta. Kalau dekat Malaysia, manjang tak cukup je.

Makcik tu bukan Muslim, nama dia takda binti. Dia tak pernah dengar hadis Nabi SAW pasal keharaman cukai, tapi dia treat cukai dekat aku macam sangat indah. Dia buat aku tak benci tax dan tax office. Dia faham business baru mula, dia cakna isu orang first time. Jadi aku expect mula-mula pegawai cukai di Malaysia jauh lebih baiklah. Aku foreigner kat sana dilayan baik, ini aku rakyat Malaysia.

Malangnya..

Pengalaman aku di negara Islam Malaysia pula lain. Dahlah aku dah bayar cukai first year, aku buat bayar extra, dia panggil aku, kata tak cukup, dia buat aku macam penjenayah. Mana ada startup bayar cukai first year, sme buat untung first year. Dia siap ugut-ugut aku, ancam-ancam aku. Siap ugut nak freeze account company aku kalau aku tak setuju dengan amount tambahan yang dia nak. Dia nak tax duit yang aku yang aku bawa balik pump dalam company.

Yang ugut-ugut aku tu nama dia ada bin. Dahi hitam. Taktaula kaki sujud ke bela jin. Aku dengar dia ada bini dua, ada Mercedes, BMW, ada moto ER6. Bila aku cakap, aku ada ramai staff, nanti kena tutuplah company kalau kena ugut camni, korang tau apa dia jawab?

“Tutuplah company ni. Yang penting bayar dulu.”

Fuh!

Sejak itu aku tahu orang LHDN ni selfish. Lepas aku tahu diorang ada bonus yang banyak dan mengejar KPI. Aku sedar diorang ni ibarat keldai yang digantung lobak. Mereka berotak lobak. Member aku mantan senior tax auditor LHDN kasitau, diorang ni buat kerja file atas meja je. Yang dah ada dalam sistem je diorang kejar.

Sebab itulah bila aku report pegawai LHDN disyaki lari cukai, diorang reply macam ni.

https://www.facebook.com/groups/1483603055330698/permalink/1537636273260709/

Aku willing untuk berdialog/debat/diskusi dengan mana-mana pegawai LHDN secara terbuka. Cabaran aku masih terbuka. Kalau ada yang berani, meh sini. Aku boleh tunjuk segala bukti-bukti. Kes aku ni unik, sebab salah LHDN, itu sebab aku berani. Aku ni bukan peguam yang boleh sorok duit dalam client account atau disbursement account. Nak sorok mana kan?

Aku bukan benci cukai. Aku jaga bukan pembenci LHDN. Kalau tidak, takdalah aku balik-balik Malaysia je dah bayar tax. Walaupun takdalah banyak mana, tapi aku rasa dalam 3 tahun ni, aku bayar lagi banyaklah dari lawyer cabuk yang anak-anak pun tak suka dia, taknak ikut dia kalau dia bercerai. Itu belum campur company tax dan staff-staff kanan yang aku develope kerjaya diorang sampai bayar PCB.

Korang bayar berapa banyak? Meh share sikit korang punya! Anda wira negara kan? Lagi satu, orang bayar cukai takyah pergi office LHDN, boleh bank in je, yang kena panggil dan tak melawan ni biasanya lari cukai dan kantoi. Kalau dia tak salah, pasti melawan. Aku duk tunggu juga ada yang nak panggil aku, setakat ni takda lagi.

😜

Mengenai penulis

1 komen

  • Kita baru nak start up biz….kita rasa nak belajar pasal tax ni dgn tuan….betul niat pertama sebab nak tlg golongan yg berkeperluan, anak-anak sekolah, golongan b40 dan kita-kita agar dapat fasiliti harian yang tip top setiap masa diselenggara baik secara berkala..

Admin

Who is aLiph.My?

Official blog of Aliff Ahmad (Aliff Shariffuddin) also known as Abu Fedora al-Turkistani. His real name is Ahmad Aliff A S Ahmad Shariffuddin. The co-founder of Scrut.my , Ifmal.com , Idsb.my and Coin.my.