BERTEMU ISTERI ARWAH LOLOQ..

B

Hari ini aku sempat bertemu dengan balu kepada arwah Loloq, Kak Layla, mendengar cerita dari mulut beliau bagaimana pegawai LHDN membuli dan menipu beliau, benar-benar menaikkan amarah aku.

Kak Layla hanyalah seorang suri rumah dengan 3 orang anak, seorang daripadanya OKU. Tidak punya apa-apa income lain melainkan royalti milik arwah yang tidaklah berapa banyak. Tetapi segala-galanya bagai dirampas setelah 10 tahun kematian arwah apabila LHDN menuntut sejumlah amount yang banyak sehingga beliau kemurungan.

Mendengar kisah dan pengalaman Kak Layla dibuli dan ditekan LHDN memberikan 1 bayangan yang isteri-isteri kita juga suatu hari nanti mungkin akan dilanyak setelah ketiadaan kita. Disebabkan kemurungan, beliau yang tiada siapa bantu pun hanya memilih untuk menjual rumahnya semata-mata kerana ancaman LHDN.

Justeru, memang wajar LHDN disemak, diimbang dan dijaga oleh badan bebas yang lebih bersifat insani dan manusiawi. Penasihat syariah juga wajib diwujudkan. Barulah segala akta dan undang-undang yang dilahirkan menjaga maslahat rakyat berpandukan nilai akal budi dan Islami.

Siapa tak setuju?

ps : Kisah beliau pernah keluar di media dulu. Rujuk sini :
https://www.facebook.com/groups/1483603055330698/permalink/1526980720992931/

;(

Mengenai penulis

Tambah komen

Admin

Who is aLiph.My?

Official blog of Aliff Ahmad (Aliff Shariffuddin) also known as Abu Fedora al-Turkistani. His real name is Ahmad Aliff A S Ahmad Shariffuddin. The co-founder of Scrut.my , Ifmal.com , Idsb.my and Coin.my.