APA YANG BERLAKU KEPADA BALU ARWAH LOLOQ?

A

Ramai yang bertanya apa dah terjadi. Apakah kisah sebenar? Sebelum ni viral yang beliau terpaksa jual rumah untuk membayar hutang LHDN kan?

Aku sendiri telah pergi bertemu beliau kerana beliau ada menghubungi aku dan mengucapkan terima kasih apabila aku membangkitkan isu kezaliman LHDN terhadap rakyat marhaen.

Baiklah.

Aku cerita serba sedikit apa yang berlaku daripada apa yang beliau ceritakan. Arwah Loloq meninggal dunia tahun 2008. Arwah meninggalkan seorang balu dan 3 orang anak. Seorang daripada anak mereka ialah anak OKU.

Balu arwah tidak bekerja. Hanya seorang suri rumah sepenuh masa selama ini. Kematian arwah Loloq telah mematahkan sayap hidupnya. Loloq tidak meninggal banyak harta. Loloq hanya meletakkan namanya sebagai penama royalti.

Sejak kematian arwah, balu arwah hanya meneruskan hidup membesarkan anak-anak dengan royalti yang diterimanya melalui MACP setahun sekali. Ada tahun banyak, ada tahun sikit. Banyak pun bukanlah banyak macam bonus pegawai LHDN yang siap boleh beli ER6, Mercedes A180, BMW 5 siries dan ada 2 bini.

Beliau pun tak tahu macam mana kira-kiranya. Lebih parah ketika zaman MRM takeover peranan MACP seketika. Royalti yang diterimanya makin berkurang.

Seorang makcik yang tidak pernah kerja, tidak pernah buat business, ignorance tentang cukai menganggap royalti yang diterimanya hasil kerja arwah adalah ibarat pencen untuk dia meneruskan kehidupannya.

Untuk pengetahuan korang, rumah yang ingin dijual itu pun masih belum habis dibayar dan masih berhutang. Beliau juga mengalami masalah tulang belakang dan kaki kerana pernah terlibat dengan kemalangan. Tambah pula dengan umur yang hampir masuk 50, apalah pekerjaan yang dia mampu lakukan?

Surat pertama LHDN kepada balu arwah Loloq adalah seperti berikut. Terus mahu diheret ke mahkamah. Seorang ibu tunggal yang tidak tahu apa-apa, tiada apa-apa simpanan, sudah pasti terkejut dan ketakutan. Tambahan pula, beliau tiada duit sebanyak itu.

Maka, naik turunlah beliau di LHDN KL, disepak diterajang bertukar-tukar pegawai. Ada yang mengugutnya, ada yang membentaknya, ada juga yang mengancam untuk mengorek lagi harta peninggalan arwah.

Itu yang bermulanya frasa “mencukai orang mati” menurut beliau. Beliau menceritakan bagaimana beliau seolah-olah dihina apabila mengatakan beliau tidak punya wang sebanyak itu.

“Akak tunjuk semua segala bank account dan harta akak..”

Tahu tak korang?

LHDN siap freezekan account personal dia yang dalamnya ada RM800! LHDN minta balu Loloq bayar sebulan RM3000 lebih walhal beliau tiada pendapatan bulanan. Kalau aku cerita apa dia buat untuk sara kehidupan dia, mesti korang sedih. Takpalah. Aku simpan dulu.

Hari ini, balu arwah Loloq sudah jadi asnaf kerana tidak punya pendapatan yang mencukupi, hutang LHDN sudah makin naik mungkin dek kerana penalti LHDN yang zalim lagi kejam itu.

Aku taknak cerita lebih. Point aku nak sampaikan adalah :

1. Wajarkah pihak LHDN terus heret isteri arwah ke mahkamah tanpa dipanggil berbincang?
2. Beliau tidak tahu dari mana figure dan number dikeluarkan.
3. Membuli, mengugut dan mengancam seorang ibu tunggal yang ignorance adalah kezaliman yang nyata.
4. Tidak timbang rasa, budi bicara dan rasional dalam menguruskan masalah ibu tunggal sebegini.

Aku sentiasa percaya yang undang-undang dibuat hanya untuk mencekup orang yang benar-benar bersalah dan punya niat untuk salah. Budi bicara, akal budi, timbang rasa, sifat manusiawi dan insani, rasa simpati dan empati, juga akhlak Islami yang akan mengimbang kemudaratan ke atas apa-apa undang-undang ciptaan manusia.

Korang semua jangan rasa rilex. Korang taktau, nanti korang dah mati, Lembaga ni datang buli balu korang dan anak-anak korang macam mana balu Loloq kena. Baru korang tau! Eh, korang kan dah mati masa tu..

;(

Mengenai penulis

Tambah komen

Admin

Who is aLiph.My?

Official blog of Aliff Ahmad (Aliff Shariffuddin) also known as Abu Fedora al-Turkistani. His real name is Ahmad Aliff A S Ahmad Shariffuddin. The co-founder of Scrut.my , Ifmal.com , Idsb.my and Coin.my.