KISAH SAJJAD & JUSTICE FOR BELLA

K

Sajjad dapat waran tangkap sebab dia taknak hadir ke mahkamah. Kalau dia hadir, kesalahan yang dia buat tu, aku kira bayar denda je barangkali. Masih boleh rayu etc kalau nak rayu. Kalau dia steady, kenapa nak takut ke mahkamah?

Aku dan Pn. Mona juga kena panggil ke mahkamah dalam perjuangan #JusticeForBella. Kami tak lari. Kami pergi dengan wajah berseri-seri. Takut apa. Kalau disabit bersalah pun, bayar denda atau dipenjara. Itu sebab kami tak dapat waran tangkap. Kami jalan terus.

Ramai orang tanya aku, apa jadi tempoh hari di mahkamah?

Ohya, pihak Siti Bainun telah minta tangguh. Pihak kami dan ready untuk trial. Takut apa kan. Aku pernah cakap dekat peguam aku,

“Bro, kalau kena jail pun, aku ok je. Aku kena jail sebab lawan kezaliman, sebab membela anak OKU yang sebatang kara. Apa adahal masuk jail, bukan masuk neraka.”

Ya, aku ok je masuk penjara membela insan lemah dari masuk neraka bela orang zalim atau mengaibkan suami sendiri. Eh, aku lelaki, aku takda suami.

Lagi 1 orang duk tanya, senang ke nak dapatkan protection visa di Australia.

Jawabnya, senang.

Kau hanya perlu mengaku dan buktikan kau gay, lesbian, pondan, darai, bapok, atau individu yang telah didiskriminasi/diancam/diugut bunuh oleh masyarakat dan kerajaan di negara kau berada, insyaAllah kau boleh dapat visa tersebut.

Tongkang-tongkang dari Afghanistan yang sampai ke Australia, kebanyakan lelaki mereka mengaku mereka gay dan akan dibunuh Taliban. Mereka diterima. Sirul (pembunuh Altuntuya) juga mendapat protection visa kerana terdapat court order hukum bunuh.

Australia negara yang menolak hukuman bunuh. Jadi mereka tidak akan memulangkan mana-mana individu yang berkemungkinan dibunuh jika dihantar pulang. Tak pelik Sajjad saja bakar-bakar masyarakat kita sampai ada yang buat ugutan bunuh dekat dia. Itulah hujah dia pakai untuk buktikan dia mendapat ancaman keselamatan jika dihantar pulang ke Malaysia.

Masa aku di mahkamah kanak-kanak. Aku ternampak pejabat ini. Akhir kata, aku nasihatkan mana-mana individu yang rasa nak maki suami atau isteri di media sosial, sila ke Pejabat Akhlak. Tak kisahlah kau peguam bertauliah atau tidak. Muslim atau murtad. Suami kau lebai atau tidak. Pejabat ini mungkin boleh bantu anda.

😜

Mengenai penulis

Tambah komen

Admin

Who is aLiph.My?

Official blog of Aliff Ahmad (Aliff Shariffuddin) also known as Abu Fedora al-Turkistani. His real name is Ahmad Aliff A S Ahmad Shariffuddin. The co-founder of Scrut.my , Ifmal.com , Idsb.my and Coin.my.