ULANGKAJI FIQH SUMPAH

U

Sumpah ini anjuran dalam agama Islam. Tetapi tidaklah menjadikan hujah dalam mahkamah mahupun penghakiman. Hal ini patut clear-lah.

Asas dalilnya adalah,
[1] Ibn Abbas R.Anhuma beliau berkata bahawa Rasulullah SAW bersabda,‎
لَوْ يُعْطَى النَّاسُ بِدَعْوَاهُمْ لاَدَّعَى نَاسٌ دِمَاءَ رِجَالٍ وَأَمْوَالَهُمْ وَلَكِنَّ الْيَمِينَ عَلَى الْمُدَّعَى عَلَيْهِ
Sekiranya diberikan kepada manusia itu semata dengan mengikut dakwaan-dakwaan mereka, nescayalah orang ramai akan mendakwa darah dan harta orang lain (sebagai milik mereka). Akan tetapi sumpah itu adalah ke atas mereka yang dituduh.
[HR Muslim (1711)] [2] Ibn Abbas beberkata bahawa Rasulullah SAW bersabda,
‎الْبَيِّنَةَ عَلَى الْمُدَّعِي، وَالْيَمِينَ عَلَى مَنْ أَنْكَرَ
Bukti ke atas orang yang mendakwa, sumpah ke atas orang yang mengingkari tuduhan ke atas dirinya. [HR Al-Baihaqi (10/252)]

Imam Ibn Al-Munzir dalam ulasan beliau terhadap kaedah di atas menyebutkan :‎
أَجْمَعَ أَهْلُ الْعِلْمِ عَلَى أَنَّ الْبَيِّنَةَ عَلَى الْمُدَّعِي، وَالْيَمِينَ عَلَى الْمُدَّعَى عَلَيْه
Para ahli ilmu telah berijma’ bahawa bukti itu ke atas mereka yang mendakwa, dan sumpah itu ke atas mereka yang didakwa. [Rujuk Al-Ijma’ (Hlm. 65)].

[3] Firman Allah SWT,
‎لَا يُؤَاخِذُكُمُ اللَّهُ بِاللَّغْوِ فِي أَيْمَانِكُمْ وَلَكِنْ يُؤَاخِذُكُمْ بِمَا عَقَّدْتُمُ الْأَيْمَانَ
Kamu tidak dikira salah oleh Allah tentang sumpah-sumpah kamu yang tidak disengajakan (untuk bersumpah), akan tetapi, kamu dikira salah oleh-Nya dengan sebab sumpah yang sengaja kamu buat dengan bersungguh-sungguh. (Surah al-Maidah: 89)

Aisyah R.Anha berkata,‎
نُزِلَتْ فِي قَوْلِهِ: لاَ وَاللَّهِ، وَبَلَى وَاللَّهِ
“Ayat ini diturunkan berkaitan dengan kata-kata seorang lelaki yang menyebut tidak, demi Allah! Dan bahkan, demi Allah!”[HR al-Bukhari (6286)]

Daripada Aisyah R.Anha, sabda Rasulullah SAW,
‎هُوَ كَلاَمُ الرَّجُلِ فِي بَيْتِهِ: كَلاَّ وَاللهِ وَبَلَى وَاللهِ
“Ia berkaitan dengan kata-kata seorang lelaki di rumahnya yang menyebut, tidak sekali-kali, demi Allah, dan bahkan, demi Allah.” [HR Ibn Hibban (1187)] [4] Sumpah boleh dilakukan terhadap perkara yang telah berlalu, seperti “demi Allah, aku tidak pernah melakukan begitu.” atau “demi Allah, aku telah melakukannya.”

Hal ini berdasarkan firman Allah SWT, ‎يَحْلِفُونَ بِاللَّهِ مَا قَالُواMereka bersumpah dengan nama Allah, bahawa mereka tidak mengatakan (sesuatu yang buruk terhadapmu). (Surah al-Taubah: 74)

Maka, bersumpah itu ada asas di dalam Islam. Maka boleh bersumpah. Siapa nak percaya sumpah dia, percayalah. Siapa taknak percaya, jangan percaya. Cumanya dalam sumpah ini terdapat 2 jenis sumpah yang sangat tinggi tahapnya. Mubahalah dan li’an.

Sesiapa sahaja boleh bersumpah dengan apa jua cara asalkan dia bersumpah dengan nama Allah. Dia juga boleh bersumbah dengan meletakkan laknat ke atas dirinya seperti mubahalah dan li’an. Dia nak bersumpah di masjid ke, dia pasar malam ke, di depan Kaabah ke. Itu semua pilihan.

Para ulama’ juga ada mencabar lawannya dalam masalah fiqh sahaja. Walhal pada kita ia hal kecil dan khilafiyah yang tidak perlu bersumpah-sumpah pun. Maka jelaslah sumpah ini harus hukumnya dan dianjurkan untuk membela diri, ikut diri masing-masinglah nak sumpah ke tak.

Siapa nak pertikaikan sumpah orang yang bersumpah, balaslah balik sumpah tu kalau kau yakin dia menipu. Takkan tak percaya Allah itu sebaik-sebaik hakim. Tapi kalau tiba-tiba kau cerita pasal Rafizi, aku betul-betul sangsi dengan IQ kau..

😜

ps : Aku bukan pakar SCRUT, aku ni co-founder SCRUT. Tapi kan, korang kenal perkataan SCRUT dekat mana?

Mengenai penulis

Tambah komen

Admin

Who is aLiph.My?

Official blog of Aliff Ahmad (Aliff Shariffuddin) also known as Abu Fedora al-Turkistani. His real name is Ahmad Aliff A S Ahmad Shariffuddin. The co-founder of Scrut.my , Ifmal.com , Idsb.my and Coin.my.