Undang-undang dan lubang-lubang..

U

Undang-undang dan lubang-lubang..

1. Di Amstredam, ganja legalized, pelacuran harus muakkadah. Di Malaysia ganja tali gantung, pelacuran haram jadah.

2. Siapa kata memiliki ganja salah dan boleh digantung sampai mati? Undang-undang Malaysia. Siapa kata terlibat dengan pelacuran boleh di penjara dan didenda? Undang-undang Malaysia.

3. Bolehkah polis di Amsterdam pecah masuk coffee shop yang menghidangkan ganja dan menangkap penjualnya? Tidak boleh kerana di Amsterdam hukumnya harus.

4. Bolehkah polis Amsterdam pecah masuk hotel untuk memeriksa pelacuran atau khalwat di Amsterdam? Tidak boleh kerana di Amsterdam ianya harus.

5. Di Malaysia, zina, pelacuran dan khalwat adalah salah dan haram. Adakah penguatkuasa boleh pecah masuk bilik atau rumah apabila dilaporkan kejadian zina, khalwat atau mungkin pelacuran sedang berlaku?

6. Adakah mereka yang ditangkap kerana melanggan pelacur boleh menjawab, “jangan ganggu kami, ini dosa peribadi, kami sedang berkhalwat, dosa kami sorok-sorok, kata Allah dalam Quran, ‘wala tajassasu..’ manakala kata Nabi dalam hadis yang sahih, ‘sesiapa yang menutup aib saudaranya, Allah akan tutup aibnya kelak..’”

7. Begitu juga penjual dadah dan ganja. Jika dia jual di dalam rumah secara privasi? Willing seller willing buyer?

ps : Gambar hiasan adalah macai limited. Sekian.

Mengenai penulis

Tambah komen

Admin

Who is aLiph.My?

Official blog of Aliff Ahmad (Aliff Shariffuddin) also known as Abu Fedora al-Turkistani. His real name is Ahmad Aliff A S Ahmad Shariffuddin. The co-founder of Scrut.my , Ifmal.com , Idsb.my and Coin.my.