Aku terlupa sesuatu, semalam Dr. Hazlina ada menyebutkan pasal kita mesti menjadi prudent businessman. Ikut segala aturan.
Kata-kata tersebut pun membuktikan dia tidak faham tentang business. Jangan tanya soal menjiwai. Lagilah takda. Dia dari muda sampai sekarang ni makan gaji.
Usahawan SMe dan startup ini bukan korporat yang bermula dengan modal besar yang boleh hire CFO, accountant dan hr manager ketika hari pertama mula berniaga. Mereka bermula seorang diri, kosong. Merekalah CEO, merekalah CTO, merekalah CFO, merekalah CMO.
Merekalah boss, merekalah kuli. Kalau yang ada background accountancy oklah accounting book mereka. Kalau tak, memang serabut. Mereka bermula dengan USAHA dan modal yang ciput. Mereka akan strive dari awal pagi sampai tengah malam, hanya untuk SURVIVE!
Ini orang LHDN tak faham. Tahun pertama sampai tahun ke-3 adalah fasa surviving. Kalau survive alhamdulillah. Tahun ke-4 ke tahun ke-7 adalah fasa mula matang dan sepatutnya sudah sedia dari sudut management dan planning.
Awal-awal, semua rambo! Langgar dan terhantuk sana sini. Itu sebab aku kasitau kena groom, bukan lanyak terus. Bagi mereka peluang. Orang LHDN tak faham? Memang takkan faham selagi setiap hujung bulan, tengok duit dah masuk, setiap tahun ada bonus masyuk.
Itu sebab aku suruh resign dan buka business. Hire at least 10 orang. Survive then teach us. Kami yang melalui sangat faham. Bukan kami taknak buat. Tapi tak sempat, takda masa, takda duit ketika fasa survive. Ini pula era covid dan post covid. Mari pakai kasut kami. Then korang boleh faham.
Dalam journal of Accounting Perspectives pun ada menyebutkan.
“It is a known fact that the IRV officers are given a certain collection ‘target’ to meet as their KPI. Meeting this KPI hs caused hardship to taxpayers as officers are interested in their own KPI than understanding the real business practices and not arbitrarily deciding deciding againts the taxpayer’s explanation.”
Basically, dia bagitau pegawai LHDN ni don’t give a damn, apa yang kita explain dan takda usaha nak memahami real business practice, sebab diorang lebih berminat kejar KPI.
Gitulah maksudnya..
Nampak kan? Benda dah maaruf. Bukan perkara baru. Belum lagi cerita bersorak-sorak lepas dapat capai target macam MLM group.
Memang mereka tak faham, taknak faham, dan takkan faham selagi duduk dan tinggal dalam LHDN. Edukasi bukan sahaja kepada pembayar cukai mesti dilaksanakan, kepada pengutip cukai juga WAJIB diajar memahami industri dan business.
Clear?
Mana ada orang lahir-lahir terus berlari. Begitu juga usahawan. Sebelum jadi “prudent” mereka kena jadi “survivor” dulu. Sebelum jadi “survivor” mereka kena “usaha” dulu. Maka, sila groom kami. Kami bukan balik dari oversea terus takeover syarikat papa, Mengah Holdings!
Kan?
Kami ni WIRA NEGARA! Kami bukan PENJENAYAH!