“Ustaz pergi ngajar kat masjid, biar saya jadi chairman Pr1ma!” – Aku bergurau dengan dia.
Ini sahabat dan guru aku. Ramai orang panggil dia dato’, ada juga panggil dia doktor, aku je panggil dia ustaz.
Kenapa ustaz? Sebab dia memang ustaz. Dia ni bukan kaleng-kaleng, dari undergrad sampai PhD semua dalam bidang hadis. Kiranya dia ni ahlul hadis la. Itu sebab aku suruh dia ngajar kat masjid, bukan jaga Pr1ma.
Anyway, dia baru je dilantik jadi chairman Pr1ma 2 bulan lalu. So, kita bagi chance-lah kat dia. Apa yang dia cerita kat aku, nampak dia ni ada misi dan visi serta ambisi yang baguslah untuk Pr1ma. Apa yang aku kenal dia ni, memang orang yang baik. So, aku tau dia sungguh-sungguh nak membetulkan kerosakan dalam Pr1ma.
Aku ialah orang yang tak setuju dia masuk politik dulu. Sebab itu aku tak bersama dia. Lebih 5 tahun aku tak jumpa dia. Tapi, akhlak dia ni memang bagus. Walaupun aku pernah mengkritik dia secara keras, dia tetap steady dengan aku.
Banyak kali dia ajak aku ke pejabatnya. Cuma semalam je aku free. So, aku singgah lah semalam since aku ke belah sana. Sampai-sampai je, dia tanya,
“Apa ana boleh tolong?”
Aku pun terpinga-pinga, taktau nak minta apa. Sebab takda benda nak minta. Aku jawab,
“Takda apa pun nak minta, ustaz. Datang ziarah je.”
Apa aku boleh buat dengan Pr1ma? Aku pun taktau. Aku doakan sahabat aku ini berjaya menjaga, mengurus dan memperbetulkan Pr1ma.
Kalau selama ni orang politik tulen jaga Pr1ma pun tak ke mana, kita lihat pula orang politik yang ada asas agama yang kuat pula jaga.
Kita tunggu dan lihat.