WAGON DRAG RACE..

W

Ini 2 biji wagon lagenda. Yang kanan Toyota Caldina GT-4 RS dan yang kiri itu Mitsubishi Legnum VR-4 V6.

Sebagai peminat kereta wagon, aku ada cita-cita nak beli kereta macam ni suatu hari nanti. Dengan usaha dan tawakal, pasti berjaya.

Tengok kawan-kawan, rumah siap swimming pool size olympic, renovate saja pun 1 juta lebih. Kereta besar-besar, bini pun bergaya anggun dengan handbag LV dan Channel.

Alhamdulillah, aku masih tak kebulur. Tak perlu menjilat mana-mana politikus mahupun orang kaya. Walaupun, aku takda rumah banglo. Walaupun tiada semua itu.

Sekarang ni, bersyukurlah ada Axia Kompang untuk bergerak, rumah sewa ala kadar untuk berteduh. Yelah, kita bukan meniaga juta-juta.

Kais pagi tak makan, kais petang pun lapar lagi. Tapi takpa, biar susah-susah dahulu, bersenang-senang kemudian.

Teringat kata-kata keramat dari boss lama aku di Adeaide,

“Even you are not a boss, you have to think like a boss, but work like a dog.”

😉

Mengenai penulis

Tambah komen

Admin

Who is aLiph.My?

Official blog of Aliff Ahmad (Aliff Shariffuddin) also known as Abu Fedora al-Turkistani. His real name is Ahmad Aliff A S Ahmad Shariffuddin. The co-founder of Scrut.my , Ifmal.com , Idsb.my and Coin.my.