“Pursue excellence and success will come chasing you.”

Ini memang kata-kata keramat yang kau patut pegang duhai anak muda!

Gigit dengan gigit geraham.

Aku dulu mula berniaga tanpa mentor, tanpa master tanpa sifu. Hanya bergantung dengan naluri dan common sense kami semata-mata.

Jadi kalau kau nak dapat ilmu dan pengalaman ini, datang ke sini wahai anak muda. Jangan takut, semangat juang kau akan kami siram dengan minyak petrol.

Biar menyala terbakar. Biar rentung dan hangus mahawangsa. Biar bahang orang sekeliling, biar jerebu seluruh dunia. Ketika itu kau sendiri akan memadam api itu, memberi hawa nan dingin dan menurunkan hujan manfaat.

Ada? Kalau ada ke mari kau! Jangan sia-siakan potensi yang ada. Biar kami pupuk dan didik kau. Kalau tak jadi macam Elon Musk, macam Jack Ma pun jadilah.

Takpa, aku percaya suatu hari nanti avatar ini akan muncul. Aku tunggu..

Korang tolong share agar jemputan ini sampau kepada avatar yang bakal dilahirkan..

😉

Mengenai penulis

Tambah komen

Admin

Who is aLiph.My?

Official blog of Aliff Ahmad (Aliff Shariffuddin) also known as Abu Fedora al-Turkistani. His real name is Ahmad Aliff A S Ahmad Shariffuddin. The co-founder of Scrut.my , Ifmal.com , Idsb.my and Coin.my.