Wajarkah syarikat yang buat fund raising daripada pelabur, kemudian rugi, tetapi bagi bonus kepada pekerja?
Logikkah syarikat yang rugi teruk tetapi boleh bagi bonus lebih 15 bulan dekat pekerja? Lebih parah, belum audit dah kasi bonus. Wow sangat!
Biasanya, bonus diberikan kalau syarikat itu untung. Bukan tarik modal kasi bonus. Itu namanya cashout.
Petronas yang terkenal dengan bonus berbelas-belas bulan pun pada tahun 2020 takda bonus dikeluarkan walaupun masih untung. Alasannya untung berkurang.
Jika pekerja dapat bonus, maka pelabur wajar dapat dividen kan? Tapi kalau rugi, mana boleh bagi dividen.
Aku percaya semua itu drama, lakonan dan penipuan untuk tunjuk bagus. Ia tidak logik dan menyalahi etika seorang usahawan sejati yang berintegriti.
Korang boleh SCRUT sendiri di SSM atau di Interepo @ www.interepo.com untuk tengok syarikat-syarikat dia untung ke rugi sebenarnya.