Kami mencari seorang doktor muda untuk menjadi resident doctor di Klinik Waqfeya Ipoh. Gaji yang kami tawarkan standard rate. Tak kurang. Tapi bezanya, dia akan kami jadikan business partner, dilatih menjadi usahawan, ada business sense dan business minded.
Jadi, kami perlukan doktor yang mahu menjadi doktor yang awesome dan pada masa yang sama mahu menjadi usahawan yang progresif. Bukan doktor sekadar doktor, keluar pagi, balik petang. Tapi keluar dengan jiwa usahawan, pulang dengan jiwa pahlawan.
Jadi usahawan tak mudah. Tapi insyaAllah jika dibimbing dengan betul. Ia tidaklah susah. Hanya mindset yang betul sahaja diperlukan. Umur muda biar diisi dengan jiwa merdeka, minda merdeka dan akal yang merdeka. Bukan sekadar poket merdeka.
Ada yang berminat? Doktor kontrak yang mahu keluar sebab nak lebih cabaran atau nak mencari peluang lain. Mari kau berhartal bersama aku. PM aku jika kau ada jiwa dan mentaliti yang aku cari. Kita duduk dan bincang kemahuan kau dan dengar pula misi dan visi kami.
Tolong sampai-sampaikan.
We want a tiger, not a kitty tau..