BUAT SOFTWARE / APPS TIDAK MURAH!

B

Aku ulang balik kalam keramat ini. Sesiapa yang jumpa aku nak buat software dan apps, aku akan sebut kalam keramat ini.

Sebenarnya, ramai orang excited nak buat software/apps, nak buat startup katanya. Tapi disebabkan mereka bukan dari bidang ini, ramai yang tersilap langkah.

Aku pernah jumpa dengan seorang usahawan yang telah habis RM600,000 tetapi apps dia tak siap lagi. Penuh bugs dan tak berfungsi seperti yang dia inginkan. Meminta kami rescue projek dia. Dia buat dengan software house baru.

Aku biasa tak salahkan developer/programmer, sebab diorang ini ibarat contractor, dia buat ikut apa yang diarahkan saja. Biasanya, kesalahannya adalah tiada “contruction drawing” untuk development software tersebut.

Jadi aku sarankan, buat mereka yang nak bangunkan software/apps, invest on business and system analysis dulu. Selesaikan requirement, flow dan wireframe. Semua ini macam construction drawing nak buat software/apps lah. Dah ada semua ni, nak bawa ke software house mana atau freelancer mana pun bawalah.

InsyaAllah diorang tahu nak buat dah.

Korang baca apa sahabat aku membebel ni. Kasi hadam dan faham. Taktau nak buat, boleh hire syarikat aku untuk buatkan. Kami jadi consultant, kami ada team business dan system analysis yang dah quite matang.

Ingat, buat softaware/apps ni tak murah, tapi tak juga mahal. Kena pandai manage dan tahu apa nak buat. Macam buat rumah, salah plan boleh blow sampai over budget!

😉

https://www.facebook.com/nikizwan.kamel.98/posts/439622490463414

Mengenai penulis

Tambah komen

Admin

Who is aLiph.My?

Official blog of Aliff Ahmad (Aliff Shariffuddin) also known as Abu Fedora al-Turkistani. His real name is Ahmad Aliff A S Ahmad Shariffuddin. The co-founder of Scrut.my , Ifmal.com , Idsb.my and Coin.my.