JANGAN LIHAT MEREKA DI ATAS! LIHATLAH MEREKA DI BAWAH!

J

Beberapa hari lalu ada pekerja aku yang complain stress katanya. Aku pun taktau apa sebab. Sales drop. Kalau sales drop, kerja kuranglah.

Aku bagitau dia. Awak kerja bawah bumbung, dalam aircond, lunch company provide, toilet pun ada. Gaji tiap bulan penuh dan on time. Ada masalah boleh buat advance.

Dekat luar sana, ada orang lagi struggle, kerja bawah panas, hujan ribut, nak pergi toilet pun kena tumpang pergi masjid, tumpang kedai orang. Gaji belum pasti ada lagi.

Tiba-tiba hari ni terlintas video ini lalu di screen aku. Teringat aku, dulu aku pernah tolong kawan aku jual satay di pasar malam, bila hujan lebat ribut, kami basah kuyup pegang peralatan dan khemah.

Cuba bayangkan, mereka ini baru lepas covid. Baru boleh berniaga. Bayangkan kalau orang LHDN datang sergah mereka dengan taksiran dan penalti.

Aku tak rasa orang LHDN pernah melalui hari sebegini sepanjang mereka bertugas sebagai pemungut cukai.

Jangan kata faham kalau tak pernah melalui. Ingat, lihat mereka yang di bawah supaya kau bersyukur, jangan lihat mereka yang di atas sebelum kau pandai bersyukur.

😉

https://www.facebook.com/aLiph.My/videos/969322993964248

Mengenai penulis

Tambah komen

Admin

Who is aLiph.My?

Official blog of Aliff Ahmad (Aliff Shariffuddin) also known as Abu Fedora al-Turkistani. His real name is Ahmad Aliff A S Ahmad Shariffuddin. The co-founder of Scrut.my , Ifmal.com , Idsb.my and Coin.my.