WASIAT KERAMAT..

W

Aku pernah belajar silat, jadi ghostbuster tangkap hantu, belajar kitab kuning di pondok, mengaji talaqi kitab turath, bersuluk dengan guru sufi sambil membaca hizib kubra untuk jadi kebal.

Tapi tok guru market analisis aku ini lain dari guru-guru aku sebelum ini. Tok guru sebelum-sebelum ini semuanya ada kena mengena dengan pengajian syariat dan metafizik. Tapi, guru yang ini memang mengajar kami sains, mathematic dan statistic dalam dunia saham.

Sebelum ilmu diturunkan, beliau memberikan 3 rukun market trading.

1. Methodology
2. Psychology
3. Philosophy

3 rukun ini wajib disemat di dalam sanubari agar tidak sesat di kemudian hari. Kata beliau, satu rukun hilang, trading takkan sempurna dan akan gagal. Nanti aku syarahkan bila free.

Petang tadi, beliau tunjukkan wasiat keramat ini kepada kami. Beliau benar-benar mahu melihat kami melaksanakan impian dan gagasan beliau.

Kami tidak dididik untuk menjadi kaya, tapi kami dididik untuk menjalankan amanah ilmu. Dengan trading methodology, trading psychology dan trading philosophy yang ditanam, insyaAllah biar tak kaya, yang penting handsome..

Sifu saham korang ada ajar macam ni tak?

Mengenai penulis

1 komen

  • Assalaam tuan..
    Terima kasih atas perkongsiaan tentang market trading.. Boleh saya berguru dengan tok guru tuan, market analysis..?
    Saya tinggal di puchong..

Admin

Who is aLiph.My?

Official blog of Aliff Ahmad (Aliff Shariffuddin) also known as Abu Fedora al-Turkistani. His real name is Ahmad Aliff A S Ahmad Shariffuddin. The co-founder of Scrut.my , Ifmal.com , Idsb.my and Coin.my.