WE SERVE HUMANKIND OR WE SERVE “OURSELVES” KIND ???

W

Semalam ada doktor pakar kasitau, tak kisahlah taknak balik Malaysia pun, hatta yang pergi belajar sana dengan duit rakyat. Diorang kaum doktor duduk mana pun takpa, sebab serve humankind.

Aku dah jawab semalam pasal tajuk sebenarnya. Doktor pakar tu dah buat strawman dan red herring fallacy. Sangat insult intelligence. Cumanya, hari ini aku nak cerita sikit pasal “serve humankind”.

Pada aku, kata-kata seperti itu menunjukkan betapa bongkak dan angkuh dia dengan profession dia. Macamlah cikgu-cikgu tak serve humankind, engineer-engineer tak serve humankind, lecturer-lecturer tak serve humankind, dan banyak lagi..

Dia ingat profession lain serve binatang, serve batu dan serve pokok? Dia ingat serve binatang, serve batu, dan serve pokok itu tak indirectly serve humankind juga? Inilah masalah budak nerd yang ibarat kadok naik junjung, merasakan diri dia paling pandai lepas jadi doktor dan doktor consultant. Profession orang lain dipandang tidak penting.

Sampai profesionnya boleh melakukan khianat terhadap janji dan membatalkan matlamat serta tujuan asal negara menghantar pelajar kita ke luar negara. Siap dia bagi advise jangan balik. Amboih!

Aku teringat kata-kata Maulana Umar Palanpuri rahimahullah dalam satu bayan, katanya,
“Manusia ini sebenarnya tidak serve majikannya, jarang yang serve negaranya, bahkan hampir tiada mereka yang bekerja kerana Allah..”

Maulana menerangkan logiknya seperti berikut..
1. Bukti tidak serve majikannya adalah kalau dapat offer bagus, dia akan chow.
2. Bukti tidak serve negaranya adalah bila tidak dapat apprecation, dia tinggalkan negara yang telah invest pelajarannya dari kecil sampai jadi pakar.
3. Bukti tidak bekerja kerana Allah adalah kalau gaji lambat, maka mood kurang.

Ini pandangan Maulana Umar. Beliau mengatakan manusia sebenarnya bekerja untuk diri mereka sendiri. They serve for themselves. Dia bekerja untuk dirinya. Sebab itu dia lompat-lompar kerja, dia boleh lupa janji dan matlamat asal negara yang telah melabur banyak untuk hasilkan pakar, hasil dan mood kerjanya bergantung kepada gaji.

Semalam kawan aku kasitau, kalau kata nak serve humankind, pergi Afrika. Bukan duduk UK atau Australia.

Aku kira kawan aku ni telah membuat 1 kesimpulan mudah yang sebenarnya stay di UK atau mana-mana negara maju sebenarnya bukan sebab nak serve humankind, tapi serve perut sendiri.

Di Malaysia juga banyak tempat best seperti perkampungan orang asli, gelandangan, kerja di hospital kerajaan pun sebenarnya dah sangat bagus. Menolong orang susah yang tak mampu pergi private. Mereka juga humankind kan? Sambil payback investment negara..

Aku bersetuju dengan Maulana Umar, Imran dan rakan-rakan yang lain. Stay di UK bukan serve humankind, tapi serve their NAFSUkind..

😉

Mengenai penulis

Tambah komen

Admin

Who is aLiph.My?

Official blog of Aliff Ahmad (Aliff Shariffuddin) also known as Abu Fedora al-Turkistani. His real name is Ahmad Aliff A S Ahmad Shariffuddin. The co-founder of Scrut.my , Ifmal.com , Idsb.my and Coin.my.