YAB PM JUMPA ADIK BELLA?

Y

Apa yang ditunjuk dalam wall menteri dan PM adalah apa yang mereka nak tunjuk. Tapi hakikatnya, Kak Ngah kami, senator Ras Adiba Radzi juga hadir membawa memorandum.

Untuk pengetahuan semua, YAB PM ini juga telah menerima memorandum pertama ketika desakan pendakwaan daripada pengaABAIan kepada pengANIAYAan. Tapi, ketika itu tiada apa-apa respond daripada pihak PMO.

Setelah TMJ cuit. Habis semua datang mengambil perhatian. Takpa, kami suka publisiti diberikan kepada kes adik Bella ini. The more, the merrier.

Terima kasih kepada YAB Perdana Menteri dan YB Rina Harun kerana telah sudi menerima memorandum kami melalui salah seorang “ibu” kepada adik Bella, Senator (mewakili OKU) Datuk Ras Adiba Radzi.

Terimakasih kepada YB Senator Datuk Ras Adiba Radzi kerana mengambil kesempatan menyampaikan hasrat kami ini. Inilah yang rakyat mahukan. Walaupun dengarnya ada yang cuba menyekat YB Senator, tetapi YB Senator tetap “langgar” untuk menyampaikan hasrat kami.

Semoga suara kami diambil serius oleh pihak kerajaan dan para pimpinan kerajaan. Mereka kena sedar kes adik Bella ini adalah tip the iceberg. Ia bukan sekadar duka dan sengsara adik Bella. Adik Bella survive untuk kita semua berfikir dan mengkaji apakah yang telah berlaku di belakang kejadian ini. Sisi gelap yang selama ini disapu di bawah karpet.

Semoga Allah merahmati YAB PM “interim” kita ini. Doakan beliau tidak berperangai seperti YB menteri Rina Harun yang sepatutnya menjadi “singa betina” apabila melihat “anaknya” dicederakan dengan begitu dahsyat, tetapi dia hanya memilih menjadi pencuci najis unggas sahaja.

😉

Mengenai penulis

Tambah komen

Admin

Who is aLiph.My?

Official blog of Aliff Ahmad (Aliff Shariffuddin) also known as Abu Fedora al-Turkistani. His real name is Ahmad Aliff A S Ahmad Shariffuddin. The co-founder of Scrut.my , Ifmal.com , Idsb.my and Coin.my.