Ada sahabat tunjuk gambar ni. Kedai ini dimiliki oleh pemilik yang antivax dan kumpulan yang membantah cara prevention covid-19 seperti social distancing.
Aku terkejut. Adakah pemilik ini sudah berubah pandangan sehingga mensyiarkan taubatnya sampai sanggup mengangkat banner sebegini? Atau keyakinan terhadap Allah yang memberi rezeki sudah goyah?
Adakah keyakinan barunya adalah, hanya dengan pekerja yang bervaksin baru rezeki masuk?
Vaksin ini kan cadangan WHO. Bagaimana cadangan WHO ini mampu mengganggu gugat rezeki yang diturunkan oleh tuhan ar-Razzak, tuhan pemberi rezeki terhadapnya. Kan?
Entahlah..
Mungkin telahan aku benar, mereka jadi sebegitu sebab kena lockdown, tak boleh nak berniaga.