YANG BENAR TENTANG FACE MASK?

Y

Kerajaan dah announce boleh pulang bekerja minggu depan. Mesti korang nak cari mask untuk memulakan kehidupan new norm. Tapi aku ingatkan korang awal-awal, jangan buang mask merata-merata. Aku taknak dengar cerita, penyu mati dijerut surgical mask!

Beberapa hari lalu, negara digemparkan dengan kes-kes penipuan mask. Ramai yang minta aku ulas pasal mask ni disebabkan aku dan Abu Aisy memang telah menjalankan perniagaan medical supply ke hospital-hospital kerajaan sejak 4 tahun lalu. Tapi biasalah, aku ni perasan sibuk. Maklumlah gopren ramai.

Tapi elok aku cerita dulu nature business supplier barang medical di hospital-hospital kerajaan dahulu. Untuk pengetahuan korang, hospital-hospital kerajaan tak beli barangan murah atau low quality, diorang biasa beli yang high end dan top range. Tidak seperti hospital swasta yang lebih berminat dengan barangan yang murah. Jadi sebab itulah kami tak supply sangat private hospital.

Sebagai syarikat medical supply yang penuh integriti, kami nak berniaga lama. Bukan hype business. Sudah pasti kami tidak berani supply barangan-barangan low quality atau tidak ada sijil yang sahih. Pembelian semua melalui EP dan mesti mendapatkan PO hospital. Syarikat kau pun mesti ada MDA. Ada yang tanya,

“Tapi, masa krisis hari tu, aku tengok ramai orang supply hospital..”

Benar, tapi semua itu bukan pembelian hospital. Ia derma orang ramai. Ia tidak melalui EP pun. Jadi petugas hospital hanya menerima sahaja. Clear?

—-

Ketika krisis covid baru melanda, telah tumbuh bagai cendawan selepas hujan syarikat-syarikt dan individu-individu yang menjual mask dan hand sanitizer.

Aku telah komen pasal hand sanitizer dulu. Tengok link di bawah :

BAGAIMANA NAK SCRUT HAND SANITIZER?Dewasa ini telah wujud bermacam-macam jenis hand sanitizer di pasaran. Dari artis,…

Posted by Aliff Ahmad III on Tuesday, April 14, 2020

Mereka selama ini tidak pernah menjual barangan medical, jadi mereka tiada pengetahuan yang benar. Mereka hanya opportunist. Jadi beberapa masalah telah berlaku. Masalah tiada ilmu ini telah menyebabkan mereka ditipu supplier! Antaranya :

1. Disebabkan nak dapatkan barangan tersebut harga murah punya pasal, diorang terbeli barangan yang tiada kualiti. Jenis material berbulu.

2. Barangan yang dibeli tidak ada sijil pengiktirafan dari badan yang diiktiraf. Taktau selamat ke tak pakai, atau sia-sia pakai.

3. Ditipu supplier, barang terus tak sampai. Dapat 2 ply. Atau macam kualiti mask Alif Syukri.

Disebabkan mereka bukan industry player sebenar, apabila permintaan terhadap derma mask kurang, mereka menggelabah. Mereka terus buang harga. Jadi, murah belum tentu barang elok, belum tentu barang baik tau! Kau tak percaya, kau tengok farmasi-farmasi, diorang tak jual murah-murah punya. Barang diorang hospital grade sama macam barang kami!

—-

Macam mana nak dapatkan facemask yang benar-benar elok dan berkualiti?

1. Kau kena tanya penjual, kilang supplier dia ada sijil FDA dan telah melalui VIC test. Rujuk contoh di bahagian gambar.

2. Tapi kalau kau nak senang dan selamat, kau beli jela dari mereka-mereka yang ada integriti seperti farmasi dan syarikat medical supply. Pasti barang kau dapat quality with integrity.

Kalau kau tengah cari face mask, kau boleh click dekat link di bawah. Face mask yang sama kami supply ke hospital-hospital, juga kami supply dekat Ifmal. Kau boleh pilih kau nak beli dekat syarikat yang boleh bertanggungjawab terhadap product yang dia jual atau dekat individu yang selepas ini akan ghaib dan jual benda lain pula.

Terserah!

https://ifmal.com/pro…/3ply-surgical-mask-disposable-50pcs/…

#HEILB40M40

Mengenai penulis

Tambah komen

Admin

Who is aLiph.My?

Official blog of Aliff Ahmad (Aliff Shariffuddin) also known as Abu Fedora al-Turkistani. His real name is Ahmad Aliff A S Ahmad Shariffuddin. The co-founder of Scrut.my , Ifmal.com , Idsb.my and Coin.my.