1. Neelofa tak macam Khadijah pun. Neelofa tu artis, selebriti. Masuk Dewi Remaja nak jadi popular, nak jadi artis, walaupun budak straight A’s dari MRSM Langkawi.
2. Boipren dia tu takkanlah macam Nabi pula. Dia pun masuk PU kot. Masuk PU tu, kita dah tau dia jual agama untuk entertaiment dan populariti. Bahasa kasaq dia penjual agama.
—-
Ada juga yang bawa cerita Nabi Yusuf dan Zulaikha. Ni pun salah. Yusuf tak kahwin dengan Zulaikha. Zulaikha tu bini orang.Tiada suatu pun riwayat yang sahih Nabi Yusuf bercinta dengan Zulaikha. Zulaikha saja yang tergila-gila Nabi Yusuf sampai sanggup buat fitnah.
—-
Rilex. Biarlah mereka bercinta dan meneruskan hidup mereka. Mereka juga tidak sempurna sama macam korang. Drama dan topeng yang dipakai dan dilakonkan di hadapan korang, takkan korang mudah termakan.
Aduhai!
Padanlah korang boleh kena SCAM dengan politikus!