YB, SAYA MINTA MAAF!

Y

(Rujuk gambar-gambar di bawah.)

Selepas saya mendapat amaran ini, saya berasa sangat takut. Jari jemari saya bergetar, badan saya menggigil. Bukan apa, takut tengok gambar saudara-mara YB yang bengis-bengis dan sikap mereka yang samseng. Laksana kumpulan 6 Jahanam. Takut nanti, mereka hantar bekam santau formula energy angin.

YB, sebenarnya saya sedang mempraktikkan salah satu hak saya dalam perlembagaan negara iaitu kebebasan bersuara dan juga apa yang parti YB perjuangkan iaitu kebebasan menegur dan mengkritik. Kalau saya tak buat macam tu, mana YB nak tau yang YB sebenarnya tak guna. Mungkin dengan kritikan dan teguran saya ini, memberikan sedikit kesedaran dan membuka mata dan minda YB.

Teguran dan kritikan saya memang pedas, tetapi sebenarnya sangat baik untuk YB. Supaya YB sedar siapa YB, ingat asal usul YB, dari mana YB datang, siapa YB sebelum jadi YB dan siapa yang menyokong YB. Jangan sombong dan bongkak apabila ada rakyat marhaen mengkritik dan mempersoalkan tentang diri YB.

Sahabat saya, ketua pemuda (mungkin mantan) ranting PKR di Kelana Jaya, Ahmad Ridhuan juga bersetuju dengan kritikan dan teguran saya terhadap YB-YB yang bersikap bersultan di hati, bukan merakyat seperti yang rakyat harapkan. Kami orang muda harapkan, kita sama-sama susah, sama-sama senang, bukan YB dan keluarga senang sorang-sorang, kami merempat bersendirian.

Akhir kata saya memohon maaf atas kekasaran saya mengkritik YB dalam beberapa hari lalu. Jika saya sebagai rakyat marhaen, orang luar tidak bisa mengkritik YB, sudilah kiranya dihantar borang ahli seumur hidup DAP kepada saya, biar saya isi dan mengkritik sebagai ahli DAP seumur hidup. Itu pun kalau sudi menerima saya sebagai ahli DAP.

Sekian, kita tangguh dengan tasbih kaffarah dan surah al-Asr.

ps : Kerusi YB tinggalkan sldekat Ketari tu, bagi saya lah. YB dah tukar alamat ke Puncak Alam. Untunglah orang Puncak Alam dapat YB cantik.

😜

Mengenai penulis

Tambah komen

Admin

Who is aLiph.My?

Official blog of Aliff Ahmad (Aliff Shariffuddin) also known as Abu Fedora al-Turkistani. His real name is Ahmad Aliff A S Ahmad Shariffuddin. The co-founder of Scrut.my , Ifmal.com , Idsb.my and Coin.my.