ZAHID HAMIDI DAN #JUSTICEforBELLA

Z

Semalam, sedang aku, Kaklong kami Mona Din Kakngah kami Sakinah Ramli, dan blood brother aku, peguam tersohor Mahmud Jumaat duduk berbual-berbual di kantin/cafe mahkamah KL dek kerana mahkamah buat stand down, tiba-tiba DS Zahid Hamidi (DSZH) and the gang mai makan di belakang meja kami.

Kami macam biasalah. Buat donno je. Siapalah kami rakyat marhaen yang tiada apa-apa, terpaksa mengambil tanggungjawab menjadi ayah, ibu, abang dan kakak kepada adik Bella. Yelah, Rina Harun, JKM, MP-MP, dan mereka-mereka yang ada nama dan kedudukan di dalam kerajaan dan parlimen langsung tidak hiraukan kisah tragis adik Bella. Ya, kami ini hanya “concern citizen” yang terpaksa mengambil alih kerja setan-setan yang bergaji tetapi culas dan malas.

Sebelum ini, aku telah mengemukakan beberapa bukti yang Siti Bainun ada kaitan dan dikatakan dia ialah “anak angkat” Zahid Hamidi. Sehingga anaknya Nurul telah membuat pengakuan di dalam IG-nya. Anyway, bukan itu yang aku nak cerita sangat.

Rujuk : https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=283551997304288&id=106639804995509

Aku percaya, jika sebenarnya memang Zahid Hamidi ialah “ayah angkat” Siti Bainun sekalipun, sudah pasti dia takkan mengarahkan untuk adik Bella dicederakan sebegitu rupa. Sudah pasti, Zahid Hamidi tidak terlibat di atas kecederaan adik Bella. Itu pasti!

Semalam, sebelum Zahid Hamidi bergerak, dia datang tegur kami. Aku difahamkan, pagi sebelum tu pun, dia ada menegur team #JUSTICEforBELLA. Dia bersumpah dia tak menyokong Siti Bainun. Sekali lagi dia datang ke meja kami dan bersumpah dia bersama #JUSTICEforBELLA. Maka adalah beberapa minit sesi dialog diantara kami.

Aku asalnya duduk diam je. Tak bangun. Melihat DSZH bersungguh-sungguh dan kawan-kawan kiri kanan aku pun bangun. Aku pun bangunlah untuk bersembang. Kak Mona telah merekodkan kesemuanya. Yang aku share tu sebahagian sahaja. Biarlah ia menjadi rahsia simpanan kami. Mungkin boleh digunakan di masa depan.

Pada aku, tujuan DSZH datang kepada kami untuk clear the air yang dia tidak menyokong Siti Bainun. Adalah beberapa perkara yang dia sebut, aku taknak share. Aku rasa ia between him and us only. Itulah korang, aku ajak datang court, lepak dengan kami, korang taknak.

Yang pasti, dia kelihatan agak marah dengan Siti Bainun. Apabila ditanya,
“Adakah Bainun anak angkat Dato?”

DSZH menjawab ringkas,
“Tak pernah. Dia yang mengaku.”
“Dia datang rumah kita, takkan kita nak tolak.”

Soalan-soalan aku memang kena potonglah, soalan-soalan aku boleh jadi prejudis dan subjudis dekat tertuduh dan mahkamah pula nanti. Nanti karang, DSZH kena komital dengan Siti Bainun pula. Apa pun, daripada sembang-sembang tersebut, kita tahulah yang Siti Bainun memang agak rapat dengan keluarga DSZH. Hal ini telah disahkan oleh Kak Long Nurul kan? Mustahil la kita boleh pergi rumah DSZH senang-senang, ke majlis-majlis private dia kalau kita tak rapat kan?

Cumanya, mungkin DSZH tidaklah sampai mengangkat Siti Bainun menjadi “anak angkat”. Hal ini disahkan DSZH sendiri yang Siti Bainun yang mengaku dia anak angkat DSZH. Mungkin, apa yang kita dengar pasal Siti Bainun ialah “anak angat” DSZH adalah propaganda Siti Bainun ketika zaman kekuasaan UMNO-BN di era NAJIB-Zahid.

Apa pun, terima kasih DSZH kerana sudi belanja (tolong bayarkan) kami makan dan minum. Terima kasih juga kerana sudi datang tegur kami dan nak menjawab soalan-soalan kami. Ada jawapan-jawapan yang kami tak sangka keluar daripada lidah DSZH. Terima kasih kerana bersama-sama dan sokong team #JUSTICEforBELLA.

Walaupun sudah agak terlambat, aku harap DSZH boleh menggunakan network-nya dan pengaruhnya untuk memberi tekanan kepada pihak yang bertanggungjawab mendera adik Bella. Walaupun aku bukan peminat DSZH, bukan juga penyokongnya, aku percaya, DSZH pun tak redha apa yang berlaku terhadap adik Bella.

Di hari Jumaat yang mulia ini, kita doakan keadilan buat adik Bella dan kebaikan untuk kita bersama. Ingat, kita bukan itik, hamster, dan pengemis, kita bangsa yang merdeka, bangsa yang punya maruah dan harga diri. Tiada orang politik yang boleh membeli jiwa kita dengan mudah.

Adakah selepas DSZH menyatakan sokongan kepada team #JUSTICEforBELLA, 40 pertuduhan ke atasnya dilepaskan? Entahlah, dalam team kami, tiada seorang pun yang suaminya hakim dan isterinya hakim. Chief judge lagilah takda. Kan?

😜

https://www.facebook.com/aLiph.My/videos/1140517253480772

Mengenai penulis

Tambah komen

Admin

Who is aLiph.My?

Official blog of Aliff Ahmad (Aliff Shariffuddin) also known as Abu Fedora al-Turkistani. His real name is Ahmad Aliff A S Ahmad Shariffuddin. The co-founder of Scrut.my , Ifmal.com , Idsb.my and Coin.my.