ZAHID HAMIDI – PRESIDEN UMNO YANG TIDAK BOLEH JADI PM!

Z

Sama ada kita nak terima atau tidak, Zahid Hamidi ialah presiden Umno yang memimpin Umno dalam keadaan Umno tiada kuasa, menjadi pembangkang, dan kalah. Pada aku kira “rare” jugalah. Sampai naib presiden boleh jadi PM dia, presiden jadi defenden di mahkamah.

Walaupun dia menegaskan tuduhan di mahkamah itu bersifat politik, aku tetap percaya Zahid Hamidi bukanlah orang yang bersih berdasarkan usul #mindaskeptikal aku iaitu,

“Asal politikus itu penyamun dan penipu, melainkan setelah dibuktikan sebaliknya.”

Unless Zahid Hamidi berani nak mubahalah secara jelas seperti,

“Wallahi, wabillahi, watallahi, sepanjang saya mendapat kuasa sebagai politikus, saya TIDAK pernah mengambil apa-apa bayaran atau laba yang luar daripada gaji saya. Sekiranya saya berdusta, LAKNAT Allah ke atas saya.”

Aku percaya Zahid Hamidi takkan berani lah. Dia tahu apa dia pernah buat. Sama ada boleh dibuktikan di mahkamah atau tidak je. Aku ni apa bala dalam hidup aku ni, aku pun taktau, aku ditakdirkan kenal dengan mereka-mereka yang kenal rapat dengan Zahid Hamidi, kawan-kawan dia macam adik dia yang bin lain tu, dato seri bangla, clan taikun kain Pakistan dan lain-lain tu.

Selepas #JusticeForBella aku perjuangkan, memang ramailah kawan-kawan di kalangan orang Umno yang memberikan input dan persaksian tentang kisah-kisah dalam Umno dan kepimpinan Umno. Aku percayalah cerita mereka ini ada basis.

Zahid ini orang Anwar Ibrahim di zaman Dr. M dan sejak dia muda. Dia ikut Pak Syaikh dari zaman dia student, Yayasan Anda, ABIM dan akhir sekali Umno. Dipijak mati oleh Tun M di zaman kejatuhan Pak Syaikh, tapi selepas itu dia boleh bangkit jadi naib presiden, kemudian timbalan dan hari ini dia jadi presiden. Sudut pandang politik, dia memang warlord jenis phoenix la. Mati hidup balik.

Tuduhan terhadapnya untuk kes VLN yang dilepaskan aku percaya valid, cuma kekurangan bukti dan fakta sahaja untuk mendapatkan “beyond reasonable doubt” supaya wujud prima facie. Samalah macam Tun M punya korup. Kita tau Tun M korup. Cuma tak dibuktikan di mahkamah je. Tanda-tanda seperti anak-anak billionaire amat jelas ada sesuatu.

Tetapi, untuk kes Akal Budi, aku nampak lebih jelas. Dah kenapa yayasan kau nak tanggung hidup kau. Lepas tu Zahid Hamidi boleh bercakap dalam ceramahnya, seolah-olah dalam Yayasan Akal Budi tu duit dia. Tak silap aku, dia kata,

“Takkan saya merompak duit saya sendiri..”

Aku taktau la pula gaji menteri KDN, timbalan PM, boleh jadi kaya sampai macam tu. Aku juga taktaulah kalau kau bukan menteri KDN, orang akan sumbat duit banyak-banyak dalam yayasan kau untuk bayar credit card kau juga.

Memandangkan Zahid Hamidi sedang menunggu keputusan mahkamah untuk pertuduhan kes Yayasan Akalbudi. Aku kira Zahid Hamidi sudah tidak layak bertanding dan bercita-cita nak jadi PM. Mungkin dia boleh kata ini semua political charges. Tapi hukum alam mengatakan,

“Benar tangan syaitan boleh mengganggu kita, tapi kalau takda angin masakan pokok bergoyang.”

Dan pada permulaan perjuangan #JUSTICEforBELLA, nama Zahid disebut-disebut bahkan banyak bukti yang menunjukkan Zahid rapat dengan Siti Bainun. Memang Zahid menafikan. Tetapi, penafian itu tidaklah berapa logik. Mana ada orang tak rapat boleh keluar masuk rumah TPM senang-senang. Boleh datang-datang rumah kita. Tangan siap letak atas peha isteri Zahid Hamidi.

Tapi takpa, aku percaya yang Zahid pun tak suruh pun supaya adik Bella dicederakan dan didera sebegitu. Tapi, kaitan mereka lah yang menyebabkan Siti Bainun menjadi berani barangkali. Yelah, ada 10 peguam probono. Yang lebih menarik, Zahidi Hamidi siap promote lagi filem gopren aku buat, Frontliner di page Facebook rasmi dia. Kenapa ya? Ada kena mengena ke?

Aku juga telah melancarkan SCRUT ANALytica untuk melihat kaitan-kaitan dan syarikat-syarikat dan kekayaan-kekayaan Zahid Hamidi, adiknya Nasaee dan anaknya NurulHidayah. Aku bukan cemburu atau dengki orang jadi kaya.

Tidak!

Tapi aku rasa sangsi bagaimana orang politik boleh jadi kaya-raya. Aku dah sediakan, aku tak larat, nak check satu-satu. Korang gunalah Interepo (www.interepo.com) untuk kenal company-company mereka. Ada yang dapat project billion-billion, dapat IPP dan lain-lain.

Zahid Hamidi masih memegang kuasa dalam Umno. Kuasa memberi watikah lah menjadikan para warlord Umno tunduk kepadanya. Nanti tiada kerusi pula nak bertanding. Aku percaya, itulah trump card Zahid untuk mengawal pencabar-pencabarnya dalam Umno. Kan?

Pada aku ia seakan hadiah kepadanya, kerana di saat Umno tumbang, dia sanggup menjadi presiden dan memimpin Umno yang sudah kalah di saat warlord lain tidak berani mencalonkan diri. Takkan warlord lain nak pilih KJ yang rougue atau Ku Li yang sudah expired.

Aku harap DS Dr. Zahid Hamidi sedar diri, sedar kedudukannya, dan sedar yang dia telah menjadi liabiliti Umno. Umno akan kalah kalau dia masih nak sibuk-sibuk bertanding atau nak kawal Umno.

Boleh rujuk data-data yang dikeluarkan oleh SCRUT ANALytica untuk korang rujuk sendiri. Ingat tuan-puan. Wall aku bukan tempat taik. Bukan tempat tunjuk bodoh. Taik politik dan segala taik. Taik akan aku block terus. Sibodo juga aku akan block terus. Kalau kena block tu jangan merentan. Sedarlah yang di mata aku kau tu taik dan bodoh.

Itu saja!

Siapa yang SCRUT company yang dalam senarai kaitan dengan Zahid, adiknya dan anaknya. Share-lah kat bawah!

Kita SCRUT for the TRUTH!

😉

Mengenai penulis

Tambah komen

Admin

Who is aLiph.My?

Official blog of Aliff Ahmad (Aliff Shariffuddin) also known as Abu Fedora al-Turkistani. His real name is Ahmad Aliff A S Ahmad Shariffuddin. The co-founder of Scrut.my , Ifmal.com , Idsb.my and Coin.my.