10 Ciri-ciri Coin atau Token Kripto itu adalah Scam!
1. Pemilik, pengasas, founder atau co-founder tiada reputasi yang baik dan punya sejarah terlibat dengan aktiviti scam secara pasti.
2. Tidak punya nama pemilik atau sesiapa yang bertanggungjawab ke atas aktiviti dan pembangunan coin atau token yang dibangunkan.
3. Tiada projek atau bisnes yang jelas bagaimana demand, supply dan pontential akan terhasil. Sebagai contoh : Ethereum menjadikan networknya digunakan untuk prasarana smart contract dan membina token baru sebagai bisnes yang akan mewujudkan demand, supply dan potential. Ripple pula memberi fokus untuk networknya digunakan oleh bank-bank di dunia sebagai platform transaksi antara bank yang pantas dan selamat.
4. Menjanjikan income pasif dari pelaburan atau pembelian coin atau token tersebut.
5. Mengadakan program / platform MLM yang menjanjikan komisen atau bonus bagi menyokong demand coin atau token tersebut.
6. Wujud sistem leader-leader dan mencari-mengejar downline untuk menjual coin atau token.
7. Token atau coin asal pelaburan digantikan dengan token atau coin baru dengan alasan upgrade ke sistem baru atau migration.
8. Menjual harapan yang harga coin atau token itu nanti akan meroket setanding Bitcoin.
9. Token tiada nilai utiliti selain daripada dipegang / dijual di exchange.
10. Tiada roadmap atau perancangan yang jelas. Bahkan gagal mecapai target dari sudut sasaran masa.
Aliff Ahmad
Pengarah Ifcon Technology
The Drone & Blockchain Specialist