12 SEBAB AKU KENA BERSUARA

1

1. Aku bukan orang baru dalam industri “sunnah”, “tajdid”, “salafi”, “manhaj”, “wahabi” dan lain-lain. Aku telah wujud di zaman group Sunnah Friendster, Al-Ahkam, Al-Fikrah, sebelum DrMaza jadi Mufti dan ada PhD lagi. Aku juga kenal baik nama-nama besar dalam industri mereka, kalau aku nak jadi penunggang lebai-lebai seperti mereka, lama dah aku boleh buat. Bukan aku takda kemampuan. Aku pilih membawa haluan aku sendiri. Orang baru je tanya, siapa aku ni? Jadi, hujah lebai-lebai dan penyembah-penyembah lebai untuk mendiamkan aku dah ada di jari aku sebelum aku mula mengkritik lagi.

2. Teguran dan tamparan kepada mereka yang dikritik, aku harap mereka berubah. Bertaubat dan berubah menjadi lebih baik. Bukan masih nak tunjuk sombong. Kalau aku betul-betul serius, aku akan baraikan semuanya. Mereka yang belum kenal dunia lebai salahpi, baru nak kenal dunia lebai salahpi, boleh dengar bahagian negatif juga, supaya pertimbangan waras pros dan cons itu korang dah dapat dan boleh buat. Yang dah taasub, bukan target market aku. Taasuber boleh terus sembah lebai salahpi mereka. Mereka ini, keluar dari 1 ketaasuban ke ketaasuban yang baru. Bahkan ada yang jadi lagi teruk. Rasa dia ghuraba’ dan rasa dah dalam syurga. Lagi-lagi dah ada Al-Mahdi baru-baru ni.

3. Tanggungjawab aku untuk menegur. Kalau aku tak bersuara, siapa nak bersuara? Kalau tak tegur macam mana mereka nak berubah? Hendak biarkan mereka terus play victim? Aku telah dihubungi oleh ramai orang-orang lama minta aku tolong bersuara. Sampai bila masalah-masalah kaum lebai salahpi ini nak disapu juga di bawah karpet? Sampai bila toxic positivity kaum lebai ini nak dibiarkan dan diteruskan? Tunjuk yang indah-indah, kelancaran bermain dalil Allah dan Rasul tapi di bawah karpet penuh bangkai?

4. Aku ialah penasihat pertama penubuhan Home Tahfiz Darul Siddir. Boleh tanya Tuan Haji Zulhisham Ayob. Aku yang mengilhamkan idea Home Tahfiz. Aku tahu cerita sebenar dan dapat berita daripada sumber first hand. Mereka juga sudah memberi green light perkara-pekara negatif ini didedahkan. Aku akan dedahkan. Mereka juga bersedia untuk bersama-sama aku naik mahkamah jika ada pihak yang berani saman. Seronok juga nak dengar mereka di-grill dalam mahkamah nanti. Perkataan saman langsung tak menakutkan aku bila aku tau aku di atas kebenaran.

5. Aku bukan lebai, aku tak meniaga jual agama. Aku juga tidak berebut lebai untuk ditunggang. Aku tak perlu lebai dalam berniaga aku. Jadi, aku takda apa-apa kepentingan dan persaingan. Takda apa keuntungan untuk aku dan aku tak rugi kalau aku tak bersuara sebab aku tahu dan ada ilmu nak menapis puak lebai ni lagu mana. Tapi masyarakat di luar macam mana?

6. Menyebarluaskan gagasan idea #mindaskeptikal yang usul pertamanya adalah tentang berjaga-jaga dengan kaum lebai. Usul yang dirangka supaya manusia tidak menyembah dan taasub lebai. Dengan usul tersebut, agama tidak boleh dijual beli dengan mudah dan murah. Agama juga sukar untuk ditunggang lebai untuk membuat keuntungan.

7. Menyelamatkan masyarakat daripada terperangkap, ditipu, dan diperdaya oleh kaum lebai yang menawarkan syurga akhirat tetapi realitinya neraka dunia. Aku taknak masyaeakat menyesal di kemudian hari dan aku taknak bertanggungjawab di hadapan Allah nanti yang aku tak pernah kasitau. Biarlah kami sahaja yang ditipu, takkan nak biar orang lain pun kena tipu juga?

8. Membuktikan yang lebai itu manusia yang tidak maasum. Ulama’ anjing dan keldai yang Quran sebut itu wujud. Ulama’ boleh jadi anjing neraka, dan ulama’ juga boleh masuk neraka. Kalau semua sorok bawa karpet, lebai akan dilihat maasum.

9. Mendedahkan bagaimana agama dijual dan ditunggang oleh kaum lebai dan opportunist agama demi wang ringgit. Modus operandi marketing, pengurusan, cara cashout dan integriti mereka menjalankan perniagaan menjual agama.

10. Menegur lebai-lebai yang tidak konsisten dengan uslub dakwah, manhaj akidah. Lebai yang tidak walk the talk ialah lebai yang tidak ikut ajaran Quran dan Sunnah.

11. Menceritakan darkside dalam industri lebai bukan menghina agama. Bahkan aku menjalankan tanggungjawab agama amar maaruf nahi mungkar menggunakan tangan. Aku juga membuktikan yang mereka hanyalah manusia yang ada kepentingan dalam menungggang agama.

12. At least sebelum mana-mana orang nak membeli product agama, bolehlah mengetahui review baik dan buruk sesuatu product. Takkan nak beli kereta, beli gadjet je kena tahu baik buruk sesuatu product, tapi nak pilih lebai dan product agama tak boleh tahu? Inilah al-jarh wal taadil dalam kehidupan.

Faham? Tak faham sudah, kau memang bebal dan lebai-sin enabler!

Simple question, kalau seorang doktor pernah dituduh sexual harrassment, korang nak ke hantar anak bini korang ke klinik dia walaupun dia dah taubat?

Korang nak ke ambil pekerja yang pernah ada kes CBT yang telah dihukum penjara dan katanya mungkin dah berubah?

Ya atau tidak. Tapi at least, kita semua dah diberitahu masalahnya. Barulah pertimbangan al-jarh wa al-taadil dalam kehidupan dapat diaplikasikan dengan baik dalam membuat keputusan nak pilih lebai.

Betul tak? Nak beli cokolat pun kena kena ada data nak decide kan? Takkan nak ikut orang agama, nak spend duit dekat sekolah agama, atau nak beragama kita tak perlukan data?

Come on, agama bukan projek pembodohan! Takkan kami nak biarkan korang kena scam dengan gang yang pernah scam kami..

😉

Mengenai penulis

Tambah komen

Admin

Who is aLiph.My?

Official blog of Aliff Ahmad (Aliff Shariffuddin) also known as Abu Fedora al-Turkistani. His real name is Ahmad Aliff A S Ahmad Shariffuddin. The co-founder of Scrut.my , Ifmal.com , Idsb.my and Coin.my.