Masa aku di Adelaide dulu, ada seorang kenalan aku bertanya,

“Bro, apsal kau bersungguh-sungguh belajar semua benda ni (kitab-kitab turath), kau nak jadi ulama’ ke?

”Aku jawab,

“Aku taknak jadi macam kau, senang kena tipu dengan lebai. Asal dia ustaz, dia cakap je, terus kau kata betul. Itu bab bab agama. Lagi parah, ustaz cakap sains pun kau beriman. Sia-sia kau datang sini buat Phd. Dengan budak lebai SPM semput pun kau kena scam.

”Selama ini aku bekerja keras mengkaji, menyemak balik ajaran-ajaran mana-mana lebai, bertalaqi dan menghadiri daurah dan sama’ hadis bukan untuk jadi lebai, ustaz atau ulama’.

Tapi aku taknak ditipu oleh mana-mana lebai, ustaz atau ulama’. Alhamdulillah, hari ini aku tak boleh ditipu oleh golongan tersebut. Bahkan, dalam banyak perdebatan, aku mampu patahkan hujah-hujah mereka yang rapuh.

Hari ini, aku adalah hasil usaha selama 10 tahun lalu. Kau jangan pelik aku berani kritik mana-mana lebai, ustaz atau ulama’. Kalau ada sesiapa yang tak boleh terima aku mengkritik “berhala” mereka. Sila unfollow dan block aku.

Dunia kau pasti lebih indah tanpa kehadiran aku..

Mengenai penulis

Tambah komen

Admin

Who is aLiph.My?

Official blog of Aliff Ahmad (Aliff Shariffuddin) also known as Abu Fedora al-Turkistani. His real name is Ahmad Aliff A S Ahmad Shariffuddin. The co-founder of Scrut.my , Ifmal.com , Idsb.my and Coin.my.