Lu orang patut tau, gua menggunakan kunyah Abu Fedora dan laqob Al-Turkistani. Tau tak kenapa gua guna laqob tersebut. Lu orang noob mana tau apa, lu orang tau pasal Palestin saja.
11 tahun lalu, ketika gua tiba di Adelaide, gua terserempak dengan 1 bangsa yang rupanya agak unik, ada rupa Cina, ada rupa Rusia, ada rupa Arab, ada rupa Pakistan. Ada mata biru, ada mata hijau, ada mata kelabu, ada mata hitam.
Gua tanya senior-senior gua, diorang pun tak pasti. Ada yang kata diorang ni Uzbek, adayang kata Kazakh. Jilaker betul puak-puak usrah asabiyah ini. Islam versi Melayu yang diorang bawa memang tidak dapat gua terima di bumi kangaroo yang bukannya bumi Melayu.
Harapan gua untuk mengenali kaum unik itu akhirnya terjawab selepas sahabat gua, seorang artis Death Metal, Bentara mengajak gua duduk dalam majlis taalim bersama rakan-rakan lokal di masjid Wandana.
Mereka mengenalkan diri sebagai bangsa Turkistan yang dikenali dunia dengan nama Uyghur. Ya, satu bangsa yang gua tak pernah dengar. Dari situ gua kenal dan mengetahui tentang asal usul mereka. Merekah kaum asal Turk. Mereka dipanggil “mother of Turk”.
Dari situ gua mula bersama mereka, travel, berdakwah dan bekerja sekali. Kesilapan besar gua adalah tidak bercinta dengan kaum mereka. Kerna itu gua meletakkan laqob Turkistani bersama kunyah gua bersempena keluarga angkat gua.
Tentang masalah bangsa mereka yang ditindas, dianiaya dan dibunuh. Gua sudah sebut 10 tahun lalu. Tetapi kaum usrah Melayu abaikan kerana kredit yang mereka mahu kutip hanya di Palestin. Boikot mereka hanya boikot Yahudi dan USA, tidak China.
Hari ini Malaysia mula cakna isu bangsa Turkistan ini. Mudah-mudahan, makin ramai yang sedar tentang isu ini. Kepada mereka yang masih sibuk dengan acara boikot, cubalah boikot China! Budaya boikot adalah projek pembodohan kaum usrah.
Untuk mereka yang berminat isu ini, boleh rujuk link di bawah :